BTC USD 63,787.9 Gold USD 4,466.05
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penduduk Kashmir anjur protes

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

penduduk Kashmir bertempur dengan polis India ketika mengadakan demonstrasi anti-India di Narbal di pinggir Srinagar kelmarin selepas polis India menembak mati tiga pelajar. AFP​

MUZAFFARABAD, Pakistan 19 April – Beratus-ratus penduduk di wilayah Kashmir yang dikuasai Pakistan, hari ini bertindak membakar bendera India dan patung Perdana Menteri negara itu dalam tunjuk perasaan membantah tindakan kekerasan tentera India ke atas kumpulan pemisah di wilayah itu yang dikuasai India.

Penunjuk perasaan yang terdiri daripada pelarian dari Kashmir yang dikuasai India yang menyokong pergerakan Pasban-e-Hurriyat (Pelindung Kebebasan) turut membawa kain rentang tertera perkataan ‘Bebaskan pemimpin Kashmir’ dan ‘Berambus India (dari Kashmir)’.

Polis India di Kashmir, semalam menembak mati seorang remaja lelaki berumur 16 tahun pada hari kedua tunjuk perasaan di luar Srinagar yang menyaksikan pertempuran berdarah.

Demonstrasi bantahan di wilayah Kashmir yang dikuasai India diadakan sejak minggu lalu selepas abang kepada seorang pemimpin pemisah dibunuh oleh tentera India berdekatan bandar Tral di selatan Lembah Kashmir.

Kedai, premis perniagaan dan sekolah ditutup di beberapa bandar di wilayah tersebut, semalam ekoran demonstrasi bantahan yang diketuai pemimpin pemisah, Syed Ali Geelani.

Pihak berkuasa India menahan pemimpin kanan kumpulan pemisah itu di rumah mereka bagi menghalang mereka mengetuai demonstrasi berkenaan.

Sentimen anti-India tersebar meluas di Kashmir, wilayah di pergunungan Himalaya yang majoriti penduduknya beragama Islam.

Wilayah Kashmir menjadi perebutan antara India dan Pakistan sejak kedua-dua negara itu mencapai kemerdekaan pada 1947. – AFP
 
Back
Top
Log in Register