BTC USD 63,766.0 Gold USD 4,461.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penduduk gali perigi jumpa gua

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
image.jpg

Batu-batu unik pada bumbung gua di Kampung Blaban, mukim Batumarmar, Pamekasan yang ditemukan baru-baru ini mula menjadi perhatian penduduk sekitar daerah itu.

PAMEKASAN, Jawa Timur – Penduduk daerah Pamekasan di sini digemparkan dengan penemuan sebuah gua yang mempunyai pelbagai batu 
unik di Dusun Rojing, Kampung Blaban di mukim Batumarmar, oleh penggali perigi, minggu lalu.

Gua itu ditemukan pekerja penggali perigi milik penduduk bernama Sati, 40, ketika menggali sebuah perigi pada kedalaman tujuh meter sebelum menemukan sebuah lubang dengan saiz sebesar penumbuk orang dewasa.

Oleh kerana ingin tahu, para penggali terus menggali sehingga lubang itu semakin membesar, malah tuil yang digunakan mereka terjatuh ke bahagian dasar gua itu, lapor Kompas.com.

“Para pekerja penggali terus menggiatkan usaha menggali gua itu ke bahagian tepi sehingga menemukan lopak yang menjadi gua seperti sekarang ini,’’ kata Sati, Selasa lalu.

Sati menjelaskan, sebelum gua itu ditemukan, dia tidak pernah didatangi petanda yang pelik sebaliknya niatnya menggali perigi itu hanya untuk mendapatkan air.

Penemuan gua kemudiannya dimaklumkan kepada Ketua Kampung Balaban, Sukrianto kerana dibimbangi boleh membahayakan penduduk.

Untuk masuk ke gua dengan saiz dua meter itu, orang ramai perlu menggunakan tangga diperbuat daripada buluh.

“Di dalam gua itu, memang terdapat banyak batu-batu unik berbentuk tirus yang muncul dari bahagian bumbung gua.

“Batu seperti batu cincin itu pula menjatuhkan air hingga membuatkan keadaan di dalam gua itu sangat sejuk,’’ kata Sukrianto.

Berita penemuan gua itu kemudiannya tersebar melalui gambar dan video telefon pintar sekali gus mendorong penduduk luar datang ke daerah ini untuk melihat sendiri gua tersebut.

Walaupun pihak polis Tamberu memagar kawasan itu dengan pita polis, namun penduduk 
tidak mengendahkannya dan masuk ke gua tersebut.


- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/gali-perigi-jumpa-gua-1.69059#sthash.8YXTAfix.dpuf
 
hhaa... batu apa tu aa... cam stalaktik dan stalagmit je..:))
 
Walaupun pihak polis Tamberu memagar kawasan itu dengan pita polis, namun penduduk 
tidak mengendahkannya dan masuk ke gua tersebut.

memang perangai indon.
 
ntah2 ada makhluk dlm cite the descent dlm tu.
 
Nnt ada la unsur2 mistik.
Indon2 ni bkn boleh nmpk benda yg x pernah nampak.
 
Back
Top
Log in Register