BTC USD 60,762.7 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penduduk beri tempoh sebulan

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
KUANTAN - Penduduk di Cameron Highlands memberi tempoh sebulan kepada kerajaan negeri agar supaya menyelesaikan permohonan tanah, rumah dan gerai membabitkan 14 penduduk di Cameron Highlands sehingga kini gagal diselesaikan.

Jurucakap pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Rakyat Prihatin Cameron (RPC), B Suresh Kumar berkata, sekiranya kerajaan negeri tidak memberi sebarang maklum balas terhadap memorandum yang dikemukakan ini, pihaknya tidak teragak-agak untuk mengadakan bantahan.

"Kita bagi tempoh sebulan kepada kerajaan negeri untuk menyelesaikan masalah berbangkit ini dan sekiranya gagal, kami akan mengadakan bantahan di Wisma Sri Pahang ini," katanya.

Katanya, tiada sebarang penyelesaian dilakukan oleh kerajaan negeri selepas sesi perjumpaan bersama Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob pada 19 Februari 2015 yang memberi jaminan akan segera menangani masalah tersebut.

"Sehingga kini perkara ini masih dalam pertanyaan sedangkan kerajaan negeri menerusi rundingan dengan Adnan akan menyelesaikan isu berkaitan tanah, rumah dan gerai dengan segera.

"Penduduk amat sedih dan marah apabila kerajaan negeri dan Pejabat Tanah Cameron Highlands seperti melambatkan proses berkenaan. Dalam hal ini timbul pertanyaan berapa lama 14 penduduk ini perlu menunggu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Sinar Harian selepas menyerahkan memorandum kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Bangunan Wisma Seri Pahang pagi, kelmarin.

Katanya, selepas hampir satu setengah tahun, kerajaan negeri hanya mampu menyelesaikan satu daripada 15 permohonan yang dikemukakan.

"Lebih menyedihkan 10 permohonan lagi masih berada di peringkat pertama di pejabat tanah Cameron Highlands, dan empat permohonan pula masih diproses di Unit Perancangan Ekonomi Pahang (Upen).

"Saya kecewa kerana perkara ini telah diadukan beberapa kali kepada menteri besar, namun janji hanya tinggal janji," katanya.

Selain itu, Suresh Kumar turut meminta kerajaan negeri supaya melonggarkan kemudahan pinjaman perumahan PR1MA yang tidak mampu dibayar pembeli.

"Kita minta agar kerajaan negeri menukar keseluruhan bayaran rumah ini kepada pinjaman kerajaan memandangkan pembeli terdiri daripada keluarga yang kurang mampu.

"Pembeli hanya mampu bayar RM300 hingga RM400 sebulan kerana tidak mampu dalam keadaan kegawatan ekonomi buat masa ini," katanya.
 
Back
Top
Log in Register