BTC USD 76,639.3 Gold USD 4,369.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pendirian Malaysia Terhadap Israel Bukan Antisemitisme - Massad

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,197
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,197
Reaction score
346
Points
141

Pendirian Malaysia Terhadap Israel Bukan Antisemitisme - Massad​

d8eef83e348c973df3a210aecd3a4aa76a157352bbeb3

--REUTERS

Kritikan Malaysia terhadap Israel serta pendirian negara itu untuk tidak menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara berkenaan merupakan satu pendirian berprinsip dalam menolak genosid dan tidak seharusnya dianggap sebagai antisemitisme, kata ahli akademik Profesor Dr Joseph A. Massad.

Sarjana Pengajian Asia Barat, Asia Selatan dan Afrika di Universiti Columbia itu berkata Israel tidak mewakili keseluruhan masyarakat Yahudi di seluruh dunia, sambil menyifatkan dakwaan bahawa penentangan terhadap Israel secara automatik bersifat antisemitik sebagai tidak berasas.

Beliau berkata walaupun Amerika Syarikat (AS) terus memberi tekanan kepada negara majoriti Islam dan negara Arab untuk menormalisasikan hubungan dengan Israel, Malaysia wajar dipuji kerana kekal dengan pendirian lama untuk tidak menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara itu.

"Tidak menjalinkan hubungan diplomatik dengan sebuah negara yang melakukan genosid merupakan satu pendirian menentang genosid.

"Ia bukan penentangan terhadap orang Yahudi, kecuali bagi mereka yang percaya bahawa semua orang Yahudi bertanggungjawab terhadap perkara itu. Golongan sedemikianlah yang bersikap antisemitik, bukannya mereka yang enggan mengiktiraf bahawa Israel mewakili keseluruhan masyarakat Yahudi," katanya.

Belia berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan syarahan umum bertajuk 'Identiti Muslim Dalam Dunia Global' di sini, hari ini. Turut hadir Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Massad berkata demikian ketika mengulas pendirian tegas Malaysia terhadap Israel sejak sekian lama, termasuk tindakan mengusir warga Israel yang didakwa mempunyai kaitan dengan operasi Network School di Forest City, Johor.

Kontroversi itu tercetus selepas satu akaun media sosial tanpa nama mendakwa Network School melindungi pendatang tanpa izin, termasuk warga Israel.

Susulan dakwaan berkenaan, pihak berkuasa Malaysia menjalankan pemeriksaan di kampus terbabit pada 14 Julai dengan menyemak ratusan pasport individu dari 40 negara, termasuk pemegang pasport dwi-kewarganegaraan.

 
Back
Top
Log in Register