TXT
CG Super Hardcore Club

- Messages
- 459,502
Paid Membership
- Joined
- Mar 15, 2010
- Messages
- 459,502
- Reaction score
- 38,198
- Points
- 2,836
IPOH, 16 Feb - Pengkhususan yang menggabungkan antara pendidikan dengan tahfiz di peringkat lebih tinggi perlu diwujudkan supaya sistem pendidikan Al-Quran menjadi lebih komprehensif dan tidak sekadar tertumpu kepada proses hafazan sahaja
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata menyedari hakikat itu kerajaan melalui Lembaga Penyelarasan Pendidikan Islam (LEPAI) sedang membuat kajian terperinci supaya institusi tahfiz di negara ini diperkasa dari segi kurikulum demi masa depan pelajar
"Telah menjadi trend kini pendidikan digabungkan dengan tahfiz untuk melahirkan ahli profesional Islam yang hafaz Al-Quran
"Namun persoalan besar yang timbul di sini ialah ke mana saluran peningkatan pengajian boleh berlaku sekiranya tidak terdapat pengkhususan di peringkat lebih tinggi," katanya ketika berucap merasmikan Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan Ke-37 di sini malam ini
Majlis bertemakan 'Perpaduaan Nadi Transformasi Negara' itu berlangsung selama lima hari bermula hari ini disertai seramai 78 hafiz dan hafizah dari seluruh negara
Jamil Khir berkata hafazan Al-Quran perlu sentiasa dikaji, diselidik dan paling utama difahami supaya mendapat gambaran yang benar serta tepat agar umat Islam tidak tersasar daripada landasan sebenar
Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah Perak Datuk Mohd Nizar Zakaria dalam ucapan alu-aluannya berkata kerajaan negeri akan terus memastikan pengajaran dan pembelajaran Al-Quran terus subur di negeri ini menerusi Maahad Tahfiz
Katanya, ketika ini terdapat sebanyak 52 Maahad Tahfiz di seluruh Perak