BTC USD 61,879.1 Gold USD 4,406.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PENDEKAR MUSTAR NAIK HAJI

soybean

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
63,243
Paid Membership
Joined
Feb 15, 2009
Messages
63,243
Reaction score
4,135
Points
661
Tarikh: 5 Mac 1966
Lokasi: Pelabuhan Singapura

Kapal Haji yang bernama ANSHUN telah selamat belayar dari Pelabuhan Singapura dengan membawa seramai 360 orang jemaah Haji Singapura. Di antara jemaah termasuklah seorang bintang filem dari Shaw Brothers iaitu WAK MUSTARJO yang juga merupakan seniman tertua di studio tersebut.

Antara para artis yang turut berada di Pelabuhan itu untuk menghantar Wak Mustar adalah NORMADIAH, AHMAD MAHMUD, NOORDIN AHMAD, SALMAH IBRAHIM, AHMAD DAUD, RAHMAH YON (kakak Hashimah Yon), Pengarah Seni MUSTAFFA YASSIN dan juga Pegawai Perhubungan Shaw Brothers JAAFAR ABDULLAH. Pihak syarikat perkapalan ANSHUN telah membenarkan hanya 3 orang artis sahaja iaitu Ahmad Mahmud, Normadiah dan Ahmad Daud untuk meminpin dan mengiringi Wak Mustar sehingga ke platform di atas kapal. Ketika mengiringi Wak Mustar, Ahmad Daud tidak putus2 memesan: " Wak, bila Wak sampai di Kaabah nanti, tolonglah seru nama saya dan isteri saya, ye Wak. Manalah tahu, lain kali giliran saya pulak."

Ahmad Mahmud, selepas mencium tangan Wak Mustar, asyik sibuk merakamkan suasana itu dengan cine camera yang baru dibelinya.

Bagi Noordin Ahmad pula, ia adalah secara kebetulan beliau berada di situ kerana menghantar neneknya naik Haji pada hari itu, maka sempat menemui Wak Mustar.

Itulah hari dan saat yang paling bersejarah bagi Seniman Wak MUSTARJO.

Apabila azan dilaungkan, kapal ANSHUN mula bergerak sedikit demi sedikit meninggalkan Pelabuhan Singapura hinggalah ia hilang dari pandangan.

Begitulah kisahnya Wak Mustarjo yang mana 8 tahun sebelum itu, berlakon sebagai PENDEKAR MUSTAR yang ligat mengajar silat dalam filem PENDEKAR BUJANG LAPOK.

.

( Untuk renungan bersama)
Di zaman moden ini, jemaah Haji mempunyai kemudahan pergi ke Haji menaiki pesawat di mana perjalanan dari Singapura ke Saudi Arabia (Jeddah) mengambil masa lebih kurang 9 jam. TETAPI di zaman 50an dan 6Oan, jemaah menunaikan fardhu Haji dengan menaiki kapal yang mana pelayaran ke Pelabuhan Jeddah mengambil masa hampir 30 hari lamanya. Jika di zaman teknologi moden yang lengkap dengan enjin kapal yang canggih, ia masih menelan masa yang lama juga, lebih kurang 20 hari.

fonzz
20.7.2021

Gambar kiri: Wak Mustar berada di atas kapal ANSHUN.
Gambar kanan atas: Ahmad Daud, Wak Mustar, Normadiah, Ahmad Mahmud.
Gambar kanan bawah: Noordin Ahmad menghulur sedikit bekalan untuk Wak Mustar

214686399_222853933046002_5412294150575082149_n.jpg
 
Last edited:
zaman 70an atuk nenek den poie haji 2x naik kapal haji berbulan2...
deme balik sini belikan kamera slide yg ado foto mekah banyak2 tu hadiah kek den... best gilo ekekkeeke
 
zaman 70an atuk nenek den poie haji 2x naik kapal haji berbulan2...
deme balik sini belikan kamera slide yg ado foto mekah banyak2 tu hadiah kek den... best gilo ekekkeeke
yg gambar pusing2 tu ke..hahahaha
 
fuhhh 30 hari atas kapal.. sehala tuh... dua hala dah 2 bulan.. 4 bulan gak dorg amik masa utk pulang.. konpom ade yg dh jd sedara rapat bile dah abis byk masa bersama masa kt atas kapal dan waktu tunai haji...
 
Haa btol tu yg gmbr pusing2 mcm ni, cek tengok ado jual laie kek shopee ekekeke 😁

cd55b76e9427348c4ef02d88f2a37b48.jpeg
ada lagi jual benda ni..member aku pg haji 3 tahun lepas aku minta satu ja,belikan benda ni..hahah..rare woo mengimbau kenangan dulu2..tapi sayang anak aku dah rosakka..huhu..
 
Embah dulu 2kali pg haji. Dulu muda2 umur 20an dh pg naik kapal laut.

Dulu2 pinjam duit nak pg haji tu biasa
 
fuhhh 30 hari atas kapal.. sehala tuh... dua hala dah 2 bulan.. 4 bulan gak dorg amik masa utk pulang.. konpom ade yg dh jd sedara rapat bile dah abis byk masa bersama masa kt atas kapal dan waktu tunai haji...
Atok saya cerita ramai jugak yang meninggal atas kapal. Lagi2 yang pegi pun jenis dah uzur. Jenazah dilepaskan ke laut je. Itu pasal zaman dulu punye kenduri nak berangkat syahdu semacam. Seolah2 one way ticket.
 
Back
Top
Log in Register