combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 23,450
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 23,450
- Reaction score
- 321
- Points
- 141
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail
Pendatang asing yang berhasrat pulang ke kampung halaman bagi menyambut Aidilfitri diminta memanfaatkan Program Repatriasi Migran yang dilanjutkan hingga April ini.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata hal ini kerana mereka yang ingin keluar dari negara ini secara haram akan berdepan tindakan undang-undang susulan pelaksanaan Op Khas Pagar Laut oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).
Beliau berkata operasi khas bersempena dengan perayaan Aidilfitri itu dilaksanakan dengan fokus membanteras jenayah rentas sempadan dan pencerobohan perairan negara.
"Di bawah Program Repatriasi Migran, mereka yang melakukan kesalahan mengikut Akta Imigresen hanya perlu tampilkan diri, bayar kompaun dan mereka boleh pulang … langkah itu lebih terjamin dan selamat daripada menggunakan ejen atau sindiket haram.
“Antara sasaran Op Pagar Laut ialah pendatang yang dalam segmen itu, jadi kalau mereka sudah berada di sini dan kita bersifat ihsan, maka adalah lebih baik untuk mereka bayar kompaun dan uruskan perjalanan pulang dengan sah," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Op Khas Pagar Laut dan Majlis Berbuka Puasa bersama warga Maritim Malaysia di atas Kapal Maritim (KM) Tun Fatimah di Pusat Hidrografi Negara di sini hari ini.
Saifuddin Nasution berkata program repatriasi pada tahun lepas berjaya mengutip sebanyak RM120 juta bayaran kompaun dan pihaknya berhasrat melanjutkan program itu dengan kerajaan Indonesia hingga tahun hadapan.
Sebelum ini, beliau dilaporkan berkata kerajaan melaksanakan Program Repatriasi Migran bermula pada 1 Mac ini bagi memudahkan penghantaran pulang warga asing yang tinggal di negara ini secara tidak sah dengan membayar kompaun dan tidak akan dikenakan tindakan pendakwaan.
Berhubung Op Khas Pagar Laut, Saifuddin Nasution berkata sejak dilaksanakan pada 2020 hingga 2024, operasi itu berjaya merekodkan 251 kes tangkapan dengan nilai rampasan hampir RM110 juta.
Pendatang Asing Disaran Manfaat Program Repatriasi Migran - Saifuddin Nasution
Saifuddin Nasution, Op Khas Pagar Laut, Program Re