BTC USD 63,539.1 Gold USD 4,480.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pendatang asing ceroboh kubur

hab81020

Super Active Member
Messages
5,119
Joined
Mar 21, 2010
Messages
5,119
Reaction score
233
Points
83
KUALA PENYU (Sabah) - Belum selesai masalah kawasan Tanah Perkuburan Orang Islam Kampung Manggis di sini diceroboh binatang seperti ****, penduduk kampung itu kini berdepan dengan masalah tanah perkuburan mereka digali untuk mengebumikan mayat pendatang asing tanpa izin.

Begitulah dakwaan pengerusi jawatankuasa tanah perkuburan berkenaan, Abd Rani Abdullah baru-baru ini yang percaya masalah itu mula berlaku ketika Hospital Kuala Penyu di sini masih dalam pembinaan lima tahun lepas.

"Biarpun hospital sudah siap dibina, kami masih mengalami masalah ini apabila pagar perkuburan, termasuk pagar laluan masuk utama, sering rosak akibat sikap tidak bertanggungjawab penceroboh yang memasuki kawasan kubur pada waktu malam untuk mengebumikan orang luar,” katanya.

Abd Rani berkata, jawatankuasa tanah perkuburan itu tidak mampu memperbaiki dan menyelenggara pagar setiap kali dirosakkan oleh orang luar.

Beliau berharap tindakan dapat dilakukan oleh pihak berwajib untuk mengusir pendatang asing yang menjadikan kampung itu dan sekitarnya sebagai tempat tinggal mereka selepas hospital itu siap dibina. - Bernama
 
huhu laen mcm benarrr kes nih,ceroboh kubur sbb nk tnm mayat...
biasenye org ceroboh nk bwatl bende2 syirik ~~
 
huhu laen mcm benarrr kes nih,ceroboh kubur sbb nk tnm mayat...
biasenye org ceroboh nk bwatl bende2 syirik ~~
tanam mayat takder PERMIT nie ...

huhuhuhuhu .... bahaya bahaya ....
 
Back
Top
Log in Register