BTC USD 83,863.4 Gold USD 4,194.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pendatang asing cari duit raya

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

Warga Kemboja yang ditahan dalam Ops Pintu dilakukan Jabatan Imigresen Melaka di Paya Rumput, semalam.​

BANDARAYA MELAKA - Sembilan warga Kemboja tidak sempat menyiapkan tempahan pakaian pelanggan sempena Hari Raya Aidilfitri apabila rumah mereka di Taman Bukit Rambai di sini, diserbu sepasukan penguat kuasa, kelmarin.

Dalam serbuan kira-kira 12 tengah malam itu, kesemua enam lelaki dan tiga wanita di dua buah rumah itu yang sedang leka memotong kain dan menjahit baju kurung, sebelum terkejut dengan kehadiran 20 pegawai penguat kuasa Jabatan Imigresen negeri.

Pengarah Imigresen negeri, Mahpof Mahmood berkata, warga asing tersebut tidak mampu berbuat apa-apa serta tidak bertindak melarikan diri berikutan dua deretan rumah teres berkenaan sudah dikepung.

"Selain itu, seorang kanak-kanak lelaki berusia 3 tahun yang sedang tidur ketika serbuan juga ditahan di dalam rumah pertama turut didiami sepasang suami isteri yang sedang menyiapkan baju kurung moden.

"Rumah kedua pula dipercayai menjadi tempat pekerja warga Kemboja menyiapkan ratusan pasang baju kurung untuk pasaran menjelang Aidilfitri Julai depan," katanya.

Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati seramai lima lelaki termasuk seorang lelaki berstatus penduduk tetap (PR) bersama dua wanita di rumah kedua yang turut dipenuhi puluhan gelung kain ela.

"Kita juga menemui ratusan pasang baju kurung yang sudah disiapkan lengkap dengan label butik," katanya di sini, semalam.

Mahpof berkata, tiga lelaki dan dua wanita didapati melakukan kesalahan mengikut seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana masuk dan tinggal di negara ini tanpa pas atau permit yang sah.

"Sementara dua lelaki, seorang wanita dan seorang kanak-kanak lelaki berusia 3 tahun pula melakukan kesalahan mengikut Seksyen 15(1)(c) akta sama kerana tinggal melebihi tempoh dibenarkan.

"Lelaki yang memegang kad pengenalan PR juga ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 6(1)(d) akta sama kerana didapati dipercayai memberi perlindungan kepada pendatang asing tanpa izin (Pati)," katanya.

Menurutnya, kesemua mereka antara 21 warga asing ditahan daripada 30 orang yang diperiksa berusia tiga hingga 43

"Kesemua ditahan dibawa ke Depoh Tahanan Imigresen Machap Umboo untuk siasatan lanjut," katanya.
 
Back
Top
Log in Register