BTC USD 61,923.9 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Santai pendapat tentang PLKN

Kalau masalah sosial, aku lebih tekankan pada individu dan keluarga.Kita tak perlu pergi ke skop yang lebih besar.Hanya lihat pada kekeluargaan.

Saya pasti bahawa ada kita berpengalaman melihat sendiri bagaimana ada imam yang mempunyai anak yang kurang baik dan ada orang jahat yang mempunyai anak yang baik.

Tak perlu aku ulas secara mendalam sebab rasanya setiap orang boleh menilai sendiri perkara ini.

mmg masalah sosial tu individu. persoalannya, apa yg kita buat utk mencegah? bukankah asingkan lelaki pompuan itu lebih baik.
 
Astaghfirullahalazhim

Adakah saya kata saya utamakan globalisasi?

Saya nyatakan di situ, mungkin pendedahan masa PLKN itu boleh mendatangkan kesan yang positif dalam era globalisasi ni.

Modul PLKN itu dah dirancang, siapa saya untuk mengubah modul tu.Malahan saya setuju jika dibuat asing-asing, selaras dengan batas pergaulan seperti yang disyariatkan Allah.

Saya tak rasa apa yang saya katakan itu menandakan saya seorang yang munafik.

Biarlah Allah yang tentukan,bukan manusia kerana manusia sering tersalah tafsir.Wallahualam.

positif la sangat...

http://www.youtube.com/watch?v=NOiNeA4vM88
 
mmg masalah sosial tu individu. persoalannya, apa yg kita buat utk mencegah? bukankah asingkan lelaki pompuan itu lebih baik.

Memang secara umumnya lebih baik, tapi macam aku cakap modul tu dah dibuat oleh PLKN.Aku cuma cakap mungkin ada rasionalnya modul dalam tu.Kalau tak ada rasional takkanlah PLKN tu diluluskan.

Masalah sosial dalam PLKN, siapa yang minta benda tu terjadi?Tiada siapa yang minta cuma individu yang terlibat yang pandai mencari ruang dalam kelemahan PLKN tersebut.

Sekolah berasrama lelaki dan perempuan, sama juga konsepnya.

Adakah kita nak hapuskan semua sekolah berasrama campuran laki dan perempuan?

Setiap masalah ada jalan penyelesaian.Terpulang pada kita untuk ikut atau tidak.
 
sekolah asrama campur lelaki pompuan tak wajib, boleh pilih.. yg plkn ni wajib. tak pi kena denda.
 
Dah jadi bertekak.

Malas aku nak layan.

Aku cuma nyatakan pendapat aku sebagai bekas pelajar sekolah asrama yang campur lelaki dan perempuan
 
tak bagus pn plkn ni. buang mase je.. dengan kelas yg membosankan.. hurh.. jumpe kawn baru je yg seronok.. harap2 lepas ni mansuhkan jela.. duit pn byk d gunakan bile wujudnye plkn ni.
 
jawapan terbaik... :)cgrock

sorry to say mmcnadia, hanya mencari salah sahaja..cuba fikirkan baik & buruk itu atas tanggungjawab individu kenapa nak salahkan kpd PLKN? PLKN tuh maksima pun selama 3 bulan jer, tapi pelatih neh diasuh sehingga 17tahun melalui dunia luar,tidak adil untuk mengadili PLKN hanya dlm 3 bulan sahaja.

Bab asing kena faham bukan beragama islam sahaja yang ada dalam Kem. Pelbagai agama,bangsa & adat resam..Maka keputusan yang kita buat perlu tidak hanya terarah 1 pihak sahaja, xsalah pelatih bergaul & bercampur untuk kebaikan diluar sana (dunia selepas PLKN)

Pandangan semua adelah pandangan masing2..ada antaranya bekas pelatih & mereka yang melihat dari luar PLKN. Saya jurulatih yg terlibat dari 2004 sehingga sekarang perubahan PLKN dari dalam sendiri.Sekarang pihak PLKN melakukan penambahbaikkan PLKN banyak perubahan utk yg terkini Kumpulan 2 siri 10 /2013 yang sedang berlangsung sekarang.Kalau nak tekankan lagi hal diasingkan perempuan & lelaki tidak nampak praktikal dalam aktiviti PLKN.Hal masalah sosial boleh dikawal & dibendung bukan isu utama pelatih PLKN.

kalau duit utk plkn digunakan utk beli kapal pengankut pesawat utk monitor perariran kita, lebih elok. mungkin sulu tak leh masuk dan askar kita pun tak terkorban.
kita takde lagi kapal pengankut pesawat
 
Back
Top
Log in Register