BTC USD 60,259.9 Gold USD 4,322.41
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Santai pendapat tentang PLKN

mse sye dulu..pihak kem hanye tolak pompuan yg mengadung je..yg lain lelah ke,sakit jntung ke,darah tnggi ke ape..diyer ambik sume..katenye kat sana ade medic..~X(..lau bab sosial plak..memang bahaye skit..stiap kali ade mase trluang..masing2 cari pasangan..
 
mse sye dulu..pihak kem hanye tolak pompuan yg mengadung je..yg lain lelah ke,sakit jntung ke,darah tnggi ke ape..diyer ambik sume..katenye kat sana ade medic..~X(..lau bab sosial plak..memang bahaye skit..stiap kali ade mase trluang..masing2 cari pasangan..

macam musim mengawan la pulak....
 
klu takut lemas kat laut, jgn mandi laut..bley x mcm tuh?

klu takut lemas kat laut, blaja berenang, pakai pelampung, jgn mandi masa musim tengkujuh..
 
bro kalu hentikan mcm mana org yg keje kt ctu...ko nk tanggung rezeki diorang ke...:-? kalau ini la plan pkr mmg xdapet nok ngundi la jawabnya...:-?

kenapa tak asingkan lelaki dan pompuan??
 
nasihat dia sebelum letak kat PLKN tu..insyallah xde pape la..

yg handle PLKN pon bukan nye calang2 org...
 
kene asingkan laki ngn pompuan baru molek wase pogram ning :-?
 
kalo yg popuan xyah laaa.., kalo lelaki yg xnak kena hantar gak
 
PLKN : lagi remaja dicabul !!! apa nak jadi !!!
Oleh Ahmad Nazri Mohamad
[email protected]

SEREMBAN: �Baru dua minggu lalu saya dan suami jumpa dia (jurulatih), pesan tolong jaga anak saya, rupa-rupanya dia `jaga� betul-betul!� kata ibu seorang pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kem Titian Bintangor, Rembau.

Remaja berusia 17 tahun 11 bulan itu mendakwa dicabul jurulatih ketika menjalani latihan wirajaya di Hutan Bukit Jelutong, awal pagi Jumaat lalu.

Berikutan kejadian itu, seorang jurulatih berusia 51 tahun itu dibuang serta-merta oleh pengurusan kem berkenaan Sabtu lalu, sebelum ditahan polis di Masjid Tanah, Melaka, petang semalam.

Ibu mangsa yang berusia 46 tahun berkata, dia tidak menyangka jurulatih terb a b i t tergamak berbuat demikian kerana baru dua minggu sebelum itu dia dan suami berjumpa lelaki terb a b i t.

�Kami berbincang mengenai kem yang masih banyak kekurangan. Malah, saya suarakan kebimbangan mengenai kes rogol berlaku di kem PLKN dan meminta dia (jurulatih) tolong jaga anak saya kerana bimbang kes sedemikian,� katanya.

Bapa mangsa yang berusia 52 tahun pula berkata, dia dan isteri menghabiskan masa sejam berbual dengan jurulatih terb a b i t mengenai kebaikan PLKN dan kesan positif terhadap anaknya yang semakin bersemangat dan sukakan latihan itu.

�Malah, saya beritahu anak saya, jurulatih ini seorang lelaki yang baik. Saya tidak sangka dia pula yang buat perkara tidak senonoh pada anak saya,� katanya ketika ditemui Harian Metro di kediamannya di Ampangan, tengah malam semalam.

Menceritakan kejadian kira-kira jam 3.30 pagi Jumaat lalu itu, mangsa berkata dia bersama seorang rakan dan jurulatih itu sedang berbual ketika berkawal di kawasan khemah sebelum seorang lagi rakan yang sedang meronda datang.

Menurutnya, jurulatih itu mengarahkan rakannya keluar meronda semula dengan kawan yang baru sampai itu sebelum mengambil kesempatan membelai tangan dan meraba bahagian atas paha kanannya ketika mereka berbual.

�Cikgu juga memeluk saya dari belakang dengan tangannya pada bahagian dada saya. Dia berbisik di telinga saya, bertanyakan mengenai keluarga saya dengan tangannya menutup mulut saya.

�Dia (jurulatih) raba bahagian bawa paha kiri saya dan saya menepis tangannya.

�Selepas itu, cikgu hantar saya ke khemah dan sebelum sampai dia cium dua belah pipi saya dan berkata `saya sayang kamu�,� katanya.

Mangsa berkata, dia tidak dapat melelapkan mata kerana memikirkan kejadian itu dan menangis pada keesokan harinya sebelum seorang rakan menyedari perubahan dirinya.
 
Back
Top
Log in Register