BTC USD 85,417.5 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pendapat Diperlukan dlm dilema

Asslamualaikum...
Pakcik berhajat nak bertanding jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian
di salah sebuah bahagian ni Png dan sekarang dah masuk 4 term jadi ketua Pemuda Cwgn..

Namun dengan situasi politik semasa yg begitu mencabar
dan pergolakan dlm UMNO sendiri membuatkan aku terpikir..
utk apakah aku mahu mengekalkan dan mengejar semua jawatan itu..
yg penting perpaduan melayu dan UMNO itu sendiri mesti bangkit dan aku mempunyai aspirasi sendiri utk menaikkan kembali nama UMNO

so, nk tanya pendapat rakan2 tanpa rasa EMOSI dan bahasa kasar,
perlukah semua ini..

atau aku lepas nih duduk diam jd ahli biasa dan mlm2 duk dgn anak bini....??

atau teruskan perjuangan yg blm selesai bsama UMNO??

pandangan rakan2 amatlah dihargai...

tolong jaga bahsa anda

Wa alaykum salam wbt.

saya adalah penyokong, pendokong dan ahli PAS seumur hidup. walaupun tanpa sebarang jawatan (tak layak pun nak bertanding jawatan dalam PAS sebenarnya) tapi saya tetap bangga menjadi ahli PAS yang biasa.

bro Mido yang dikasihi,

first of all, kita kena ingat apa yang kita lakukan di dunia ini mempunyai kaitan rapat dengan apa yang kita akan dapat di akhirat. pertama sekali, kita kena tanya diri sendiri :

1) adakah Allah meredhai aku jika aku memperjuangkan UMNO?

2) adakah dasar UMNO memperjuangkan apa yang Nabi Muhammad SAW perjuangkan?

3) adakah pimpinan-pimpinan UMNO selama ini mengikut asas-asas Islam?

jadi, sekiranya bro mido mendapat jawapan kepada soalan-soalan tersebut, maka bro mido bolehlah membuat keputusan dengan sewajarnya.

bagi saya, saya selesa sebagai ahli PAS yang biasa. sebab saya yakin apa yang saya lakukan untuk PAS, saya mendapat pahala. ini kerana saya yakin bahawa PAS adalah sebuah parti yang memperjuangkan Allah dan Rasul-Nya.

seperti memasang bendera PAS, menjadi bodyguard calon PAS, memantau pilihanraya, membenarkan sebahagian rumah saya menjadi Pos PAS masa PRU12 yang lalu, dan sebagainya tanpa satu sen upah pun. kalau ada pun hanyalah secawan teh kosong dan biskut Merry jek..

berlainan dengan pihak UMNO (masa PRU12 dulu)...sapa-sapa yang pasang bendera UMNO, akan dapat upah. member saya (dia pun orang PAS juga) sempat mengambil kesempatan memasang bendera UMNO hanya kerana nak RM100 jek..biasalah orang kampung, kan...

tapi..inilah beza perjuangan PAS dan UMNO.

so, ia terpulang kepada bro mido sendiri. jika bro mido yakin bahawa UMNO memperjuangkan Allah dan Rasulnya walaupun bini presiden UMNO tak tutup aurat, maka teruskanlah berjuang :)

insya Allah bro mido akan mendapat pahala daripada Allah dalam perjuangan MELAYU ni...

sekian...

hanya Allah lebih mengetahui :)

p/s : apa yang penting hati dan amalan kita..
 
saya x le tua sangat..
x smpai 40 pun lagi...

bg saya, perjuangan agma menjadi teras disamping memperjuangkan bangsa...

betul 2...

umno memperjuangkan agama Islam...

Islam menjadi terus utama, bangsa menjadi sampingan jer...

yg lebih utama dlm perjuangan umno ialah agama Islam...
 
saya x le tua sangat..
x smpai 40 pun lagi...

bg saya, perjuangan agma menjadi teras disamping memperjuangkan bangsa...

selama anda memegang jawatan umno ni..apa yg anda buat dekat kawasan tuan ??? boleh cite sikit apa sumbangan tuan terhadap rakyat ??? :D :D
 
saya x le tua sangat..
x smpai 40 pun lagi...

bg saya, perjuangan agma menjadi teras disamping memperjuangkan bangsa...

anyway bro..

just wanted to know from yr own mouth...

ape opinion bro Mido tentang Umno sekarang neh...??

kami yg bukan UmNo nak tau gak apa yg dok dibincang lam mesyuarat Pemuda...

'perjuangan' tu bagi bro Mido ni agak general nampaknya..leh bro Mido explain lebih mendalam..leh la kami ni tau...

mana la tau kemi leh terpesona ngn Umno....

ha....jom...share ngn kami k...
 
kita berdoa dan berusaha memperjuangkan sesuatu,
namun,
Allah Maha Mengetahui atas segala tindakan manusia.....
segala rancanganNya pasti tersirat makna.....:p :))
 
anyway bro..

just wanted to know from yr own mouth...

ape opinion bro Mido tentang Umno sekarang neh...??

kami yg bukan UmNo nak tau gak apa yg dok dibincang lam mesyuarat Pemuda...

'perjuangan' tu bagi bro Mido ni agak general nampaknya..leh bro Mido explain lebih mendalam..leh la kami ni tau...

mana la tau kemi leh terpesona ngn Umno....

ha....jom...share ngn kami k...

perjuangan....
hehehe.byk nak crita..
ni antara yg aku ingat yg aku penah buat..
tak kire la cwgn / bahagian

cari org susah/ibu tunggal/anak yatim
bantu dari pelbagai apek, bantuan anak sekolah/repair rumah/ bantuan raya/ bencana alam / kebakaran
bantu yg memelukan bantuan ikut saluran yg bleh tolong

menganjurkan mcm2 prog

pro agama - kelas agama utk budak2 sek men /tajwid /berbuka posa /
kursus solat/mandi mayat/ qiamullail/

prog remaja - sukan le apa lagi/ bina diri /BTN /

mcm2 forum/wacana/seminar yg berkait dgn economy/kehidupam/curent isue/mkn malam

politik-election/daftar pengundi/party mgmt cousre etc/..
nak tarik anak muda minat UMNO melaui pelbagai cara

byk lg ler...

tp semua menjurus ke arah kebaikan....
yg korang marah tuh mungkin aku tak nafikan ramai yg nak bolot buat kekayaan melalui UMNO.. yg tu mmg wujud..
apa yg kami buat, solat ttp kami buat dan yg tak buat tu pandai le menjawab..


InSyaAllah, semoga diberkati.
mmg kepimpianan atasan teutamanya MT ada yg pincang
tp masih boleh dibaiki
berilah peluang kpd mereka
jgn jadikan isu tudung isteri mereka sbg masalah utama
yg tu tjawab mereka
jgn salahkan UMNO
bini aku pun oapakai tudung:)
 
Semoga Allah mempermudahkan laluan saudara Mido untuk memperjuangkan agama yang menjadi teras disamping memperjuangkan bangsa..
 
alhamdulillah....

tuan yang mulia mido nk masuk bertanding....

insyaAllah boleh menang....

sekali gus boleh membela nasib melayu yg dh terabai sejak DAP pegang di penang...

alhamdulillah teruskan niat tuan hamba dgn hati yang ikhlas seikhlas ikhlasnya, jangan ada sifat negative sikit pun.
 
kalau kamu seorg saja yg memperjuangkan islam tapi ahli separti yg lain masih dgn tabiat lama boleh berjaya tak ? agak agak kamu boleh ubah ke tabiat diorg tu ?
 
teruskan perjuangan tetapi tahukan saudara bahawa pemimpin saudara sendiri adalah seorang yang korup??? Sekiranya saudara menyokong pemimpin saudara maka secara tidak langsung saudara juga bersubahat dalam penzaliman terhadap rakyat yang dilakukan oleh pemimpin saudara.

Tahukah saudara pemimpin saudara itu mengamalkan rasuah?? kroni?? membolot harta rakyat?? menyusahkan rakyat??... tahukah saudara beberapa orang pemimpin saudara mengamalkan rasuah secara terang teranggan tetapi dipilih untuk memimpin rakyatnya???

Sekiranya saudara tidak tahu maka saudara adalah seorang yang membutakan hatinya demi kejahilan dan kerakusan pemimpin saudara. Sekiranya saudara betul betul ingin memartabatkan melayu di pulau pinang saudara perlu memartabatkan diri saudara itu terlebih dahulu.

Tahukah saudara melayu di pulau pinang lebih teruk dari kaum lain semasa dipimpin oleh BN?? sekiranya saudara denial fakta ini maka saudara seolah oleh menipu diri sendiri.

Oleh itu saya menasihatkan saudara memartabatkan parti saudara terlebih dahulu. Perjuangkan agenda UMNO yang sebenarnya... UMNO kini jauh lari dari landasan yang sebenarnya. Perbetulkan semua pemimpin pemimpin saudara itu terlebih dahulu. Jangan main angguk sahaja.

Saya pun orang UMNO ( dahulu ) tetapi bukan sekarang. UMNO dulu dah sekarang jauh berbeza.

Selidiklah dahulu parti anda sebelum anak memegang kuasa.

pijoe: ex-UMNO
 
Back
Top
Log in Register