eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
KUALA LUMPUR 9 Sept. - Tatkala umat Islam sibuk meningkatkan amalan bersedekah di sepanjang bulan Ramadan, dua lelaki bertindak mencuri wang sumbangan dari tabung sebuah masjid di Desa Jaya Kepong, awal pagi ini.
Bagaimanapun, tindakan dua lelaki itu gagal apabila ahli jawatankuasa (AJK) masjid yang datang untuk membuat persiapan bersahur kira-kira pukul 3 pagi itu menyedari kejadian itu.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, suspek kemudian bersembunyi di belakang mimbar masjid itu bagi mengelak daripada dikesan.
Menurutnya, beberapa ahli jawatankuasa masjid yang ternampak kehadiran dua lelaki itu bertindak mengepung mereka dan berjaya menahan penjenayah itu yang berusia 29 dan 30 tahun.
"Turut ditahan wang tunai yang berjaya dikeluarkan suspek dari tabung masjid berkenaan bernilai RM7,084," katanya.
Menurut Abdul Rahim, siasatan awal mendapati, suspek menggunakan penyangkut baju dan gula-gula getah untuk mengeluarkan wang dari tabung berkenaan.
Katanya, tujuan suspek menggunakan gula-gula getah pada hujung penyangkut itu bagi memudahkan wang terbabit melekat sebelum menarik keluar.
"Kedua-dua suspek kini ditahan reman empat hari bagi membantu siasatan 380 Kanun Keseksaan," katanya.