BTC USD 62,380.7 Gold USD 4,462.91
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pencuri tak sempat lari

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
05hmpecah.transformed.jpg

SUSPEK yang ditahan dalam kejadian pecah rumah di Garden City Homes, kelmarin.​


Seremban: Cubaan seorang lelaki memecah masuk dan melarikan barang berharga dari sebuah rumah di Garden City Homes, Seremban 2, di sini, tidak berhasil apabila perbuatannya disedari polis, kelmarin.

Sumber berkata, dalam kejadian jam 7 pagi, suspek berusia 20-an memasuki kediaman berkenaan ketika pemiliknya keluar bekerja.

Katanya, suspek masuk ke dalam kediaman dengan mengumpil pintu bahagian belakang rumah sebelum mengambil barangan berharga termasuk komputer riba, wang tunai RM1,000, jam tangan dan gelang.

"Ketika dia mahu melarikan diri melalui pintu belakang, anggota polis yang melakukan rondaan di kawasan itu melihat kelibatnya.

"Polis terbabit mengejar suspek sebelum menahannya. Anggota polis memaklumkan penahanan itu kepada bilik gerakan dan pemilik rumah," katanya.

Sumber berkata, pemilik rumah pulang dan mendapati ruang tamu rumah berselerak selain pintu belakang diumpil suspek.

Beliau berkata, suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban, di sini, untuk siasatan.

Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun ketika dihubungi mengesahkan penahanan suspek dan siasatan lanjut dijalankan.



Source: http://www.hmetro.com.my/node/75411
 
syukur... penyamun dpt ditahan sebelum terus menyamun di masa akan dtg..
 
Kat msia ni x leh ke kalau penjenayah mcm ni di tayang muka.... biar pnduduk berhati2. Kalau kat luar aku rasa blh...
 
Penat merompak... Rehat dulu bersama kit kat Sambil berbaring dilaman yang indah.
 
dah kurang satu pelaku....

elok pulak terus dpt kat polis..
 
Back
Top
Log in Register