BTC USD 63,223.5 Gold USD 4,475.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pencuri sekerap kena cekup

highway

Active+ Member
Messages
4,418
Joined
Oct 17, 2009
Messages
4,418
Reaction score
298
Points
46
Pencuri sekerap kena cekup

image.jpg

penduduk_menyoal_siasat_suspek

PENDANG – Kecurian getah sekerap dan beberapa barang lain di beberapa kawasan sekitar Kampung Kubang Badak terjawab apabila empat lelaki dalam satu kumpulan ditangkap penduduk kampung ketika mereka cuba mencuri getah sekerap di kawasan terbabit awal pagi, semalam.

Sementara itu, ratusan penduduk dari kampung terbabit dan beberapa kampung berhampiran tidak ketinggalan menyaksikan penangkapan terbabit dan turut mengikuti soal siasat sehingga suspek mengaku bersalah.
Kecurian disedari pemilik kebun

Hasrat empat lelaki yang cuba mencuri getah sekerap gagal apabila pemilik kebun terbabit menyedari kegiatan itu apabila terdengar bunyi geseran guni diseret di kawasan kebun itu.

Pemilik kebun, Abdul Hamid Ahmad, 47, berkata, dia menyedari kejadian itu kira-kira 4.15 minit pagi ketika sedang mengawasi kebun getahnya.

Menurutnya, selepas bangun dari tidur di atas buaian yang dipasang dalam kebun itu, tiba-tiba terdengar bunyi geseran guni yang diseret menyebabkan dia segera menuju ke arah bunyi terbabit sambil menyuluh dengan pelita.

“Segera mendekati sambil menyuluh ke kawasan terbabit, namun tiba-tiba seorang lelaki terkejut dan terus melarikan diri ke kawasan kebun berdekatan.

“Saya mengejar lelaki itu sekejap sahaja, kerana bimbang keselamatan diri kerana seorang diri,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di kebunnya semalam.


Kepung kereta pencuri

Sementara itu, Abdul Hamid yang mempunyai kebun getah berkeluasan 2.52 hektar itu berkata, dia segera menghubungi abang ipar dan dua anaknya agar datang ke kebun terbabit.

“Saya bersama abang ipar dan anak menyuluh di kawasan kebun getah itu untuk mencari pencuri terbabit, namun dalam 15 minit selepas lelaki itu melarikan diri tiba-tiba cahaya lampu sebuah kereta Nissan Sunny kelihatan masuk ke kawasan kebun.

“Saya bersama abang ipar dan dua anak segera mengepung kereta terbabit yang mendakwa mereka salah jalan dan ingin berpatah balik,” katanya.

Abdul Hamid berkata, dia mensyaki kereta itu datang untuk membawa getah sekerap yang dikutip.

Justeru, Abdul Hamid terus menghubungi penduduk kampung dan polis agar datang menangkap dua lelaki itu.

Namun selepas itu, kereta terbabit yang dibiarkan di situ didapati terbakar.


Pemuda kampung berjaya menangkap

kira-kira 10 pemuda Kampung Kubang Badak, Lubuk Getah, Kampung Durian dan beberapa kampung berhampiran bersepakat untuk mencari pencuri terbabit.

Ketua Operasi, Bakar Sharip, 31, berkata, dia memulakan operasi pada jam 6 pagi bagi mencari lelaki yang melarikan diri itu di merata kawasan, namun kira-kira 8 pagi berjaya menangkap seorang lelaki di sebuah bangsal di Kampung Paya Sulaiman.

Menurutnya, lelaki itu ditangkap ketika berada di sebuah bangsal dalam sebuah kebun di kampung terbabit dan cuba untuk melarikan diri namun gagal.

Bakar berkata, suspek itu mengaku bersalah dan terbabit dalam kecurian di kebun terbabit.


Suspek keempat bersumpah namun tewas

Seorang lagi suspek kecurian getah sekerap sanggup bersumpah berkali-kali ketika ditanya penduduk mengenai kecurian di kebun itu.

Md Shuib Khamis, 34, dari Kampung Sawa dijumpai penduduk berada di sebuah bangsal berdekatan kawasan kebun itu dan menjumpai motor miliknya di kawasan kebun yang berlainan.

Md Shuib dibawa penduduk ke kawasan kebun tempat kecurian, namun dia sanggup bersumpah berkali-kali sambil merayu kepada penduduk agar melepaskannya.

Dia memaklumkan tidak mengenali kereta yang terbakar itu dan mendakwa dia berada di bangsal itu kerana menunggu rakannya datang mengambil selepas membaiki motosikal yang pancit.

Lebih kurang 30 minit atas desakan penduduk, akhirnya dia mengakui mengenai kecurian itu dan turut memaklumkan bahawa lima orang yang terlibat dalam kecurian berkenaan.
 
semangat kerjasama yang utuh membuahkan hasil
 
habis la ko kena balun ngan org kg
 
steady geng kedah.. muafakat membawa berkat! balun pencuri tuh! baru ada akai!
 
curah cuka baru dia tow tk pon boh petrol cucuh
 
kat kg aku ni...
teringat anak buah aku bila baca kes ni
hentam org yg curi sekerap kat kg dia sampai mati mamat tu..
skrg dalam penjara tunggu hukuman.. kesian dia...
 
kat kg aku ni...
teringat anak buah aku bila baca kes ni
hentam org yg curi sekerap kat kg dia sampai mati mamat tu..
skrg dalam penjara tunggu hukuman.. kesian dia...

mak oi.. tak pasal2 masuk penjara.
 
Back
Top
Log in Register