BTC USD 61,480.3 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pencuri perasan bijak jerat diri sendiri

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
SETIU - Tindakan seorang pencuri yang mencabut dua buah kamera litar tertutup (CCTV) dan menutup suis utama untuk merompak sebuah kedai di Kampung Baru Merang di sini akhirnya menjerat diri sendiri semalam.

Ini kerana, tindakan menutup suis utama itu yang dilengkapi sistem keselamatan yang rapi sebenarnya memberi maklumat kepada pemilik kedai tersebut selain terdapat tiga lagi CCTV yang tidak disedarinya.

Menurut pemilik kedai tersebut, Baharuddin Awang, 39, dia menerima enam mesej melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) mengenai kejadian tersebut pada pukul 1 pagi membuatkan dia terjaga dari tidur.

"Saya tidak terus pergi ke kedai kerana menyangkakan bekalan elektrik terputus dan hanya menunggu hari cerah bertindak," katanya ketika ditemui dekat sini, semalam.

Jelasnya, apabila masuk ke kedai yang terletak kira-kira 100 meter dari rumahnya itu, dia terkejut apabila melihat salah sebuah pintu di kedainya terbuka dan telefon bimbit serta pelbagai aksesori yang dipamerkan hilang bersama dua buah CCTV.
 
Baik takyah pasang semua2 tu klu tunggu hari cerah bertindak, apala salahnya tepon je polis suruh ronda2...
 
pencuri tu boleh la di kata kan bijak...yg x bijak pemilik kedai tu....bkn jauh 100meter jer kedai dari umah....mesti pemilik tu jenis malas nak bangun dari tido nie...:)):)):))


:)cgrock:)cgrock:)cgrock
 
ape yg jerat diri sendiri nye.elok je pencuri tu lepas
 
dah pasang system yg leh bg signal tu..
CCTV tu buat la online nye..
buat ngn aku..:D
 
tuan kdai wat ape la p pasang cctv lau camni...amek ko!!!!
 
Lum abis cerita lagi tu.....mesti rakaman pencuri tu dah dapat...
 
konfius aku mana satu bijak, mana satu mengong.... tunggu sampai cerah, memang cerah masa depan.. :))
 
tulah....pemilik kedai tu yng bengong....
klau dah offkan karan...cmana cctv 3 lagi tu nak on...wakakaka
 
Back
Top
Log in Register