BTC USD 63,741.7 Gold USD 4,341.79
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pencuri lampin kantoi

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
KUANTAN- Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga, demikian perumpamaan nasib seorang pencuri apabila dia akhirnya diberkas selepas beberapa kali berjaya mencuri barangan milik pasar raya dalam sebuah pusat membeli belah di sini, kelmarin.

Susulan penahanan lelaki berusia 31 tahun itu, polis berjaya menyelesaikan tiga kes kecurian yang berlaku dalam pasar raya itu sejak Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, suspek yang dipercayai bekerja di sebuah syarikat kejuruteraan ditahan pengawal keselamatan pasar raya tersebut selepas cuba membawa keluar dua pek lampin bayi tanpa bayaran.

Menurutnya, kira-kira jam 11.45 pagi itu, suspek dikatakan membeli barang berharga murah untuk mendapatkan resit sebelum masuk semula untuk mengambil lampin yang bernilai RM81.40.

"Suspek dipercayai menggunakan resit yang berada di tangannya sebagai modal untuk membawa lampin tersebut keluar dengan menunjukkan kepada juruwang kononnya barangan itu sudah dibuat bayaran.

"Bagaimanapun taktik yang digunakan suspek tidak menjadi apabila dia ditahan lepas tindak tanduknya yang mencurigakan berjaya disedari pengawal bertugas," katanya ketika dihubungi, semalam.

Abdul Aziz berkata, suspek ditahan untuk pemeriksaan sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Katanya, hasil soal siasat suspek didapati pernah tiga kali mencuri dalam pasar raya itu sejak Mei hingga Jun lalu.

"Pihak pasar raya juga berjaya mengenal pasti suspek berikutan kes-kes kecurian sebelum ini berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV)," katanya.
 
Pencuri yang bijak tak kan mencuri di tempat sama lebih dari sekali ... ini dia buat ulang tayang ... kan dah kantoi ..:D
 
nak jimat kos la tu dikala zaman GST.
 
p ramlee kan dah nasihat berahim pendek lam cite alibaba bjg lapok..nk menipu nak mencuri jgn lebih 3 kali pakai taktik sama lau pernah berjaya sebelom ni...apa daaaaa
 
pegi la curi kedai lain..
tu pun nak aku ajar gak..
 
Bersangka baik. Mungkin dia x mampu nk beli sbb harga lampin mmg mahal. Nak2 kalau anak masih kecik, 1 pek sebulan mana cukup....
 
Kesian..mesti da sesak sgt nie...

Itulah pengorbanan seorg ibubapa..
Walau dgn cara ape pon, tetap sanggup cari utk anak²..tapi dlm kes ni, die sepatutnye pakai lampin kain je kalo x mampu..mcm org dlu²..
 
Back
Top
Log in Register