Viere
CG Top Poster Club

- Messages
- 26,579
- Joined
- Aug 8, 2008
- Messages
- 26,579
- Reaction score
- 179
- Points
- 123
Lahore: Seorang lelaki dipercayai pencuri ditangkap dan dipotong kedua-dua tangannya oleh pemilik sebuah rumah yang dipecah masuk suspek, kata polis semalam.
Pegawai polis Dera Ghazi Khan, Muhammad Ayub berkata, kejadian berlaku kelmarin selepas Muhammad Tufail, 34, menceroboh sebuah rumah di Kampung Chak Nangar.
“Empat lelaki yang ada dalam rumah itu menangkap suspek dan memotong tangannya,” katanya.
Dua lelaki ditahan untuk siasatan, manakala dua lagi suspek masih diburu. Muhammad Ayub berkata, seorang daripada tahanan itu mengaku mereka memotong tangan suspek kerana marah.
“Suspek pencuri itu kini dirawat di hospital dan keadaannya stabil,” katanya. - AFP