BTC USD 60,991.9 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pencuri dapat sedekah AS$40

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
NEW YORK 3 Jun – Seorang pemilik kedai berjaya menghalang percubaan seorang pencuri dengan bertindak memberikan penjenayah terbabit wang sebanyak AS$40 (RM144) dan sebuku roti.

Video yang disiarkan semalam dalam laman web www.newsday.com menunjukkan, seorang lelaki memasuki kedai berkenaan di Shirley, Long Island pada 21 Mei lalu dan mengugut meminta wang.

Namun pemilik kedai, Mohammad Sohail bertindak pantas mengacukan senapang patahnya kepada pencuri itu.

“Dia melutut minta maaf dan memberitahu saya, dia tidak ada wang, pekerjaan dan keluarganya kelaparan.

“Saya berasa kasihan kepadanya dan memberikannya wang. Saya tidak merancang untuk mendakwa penjenayah terbabit,’’ kata Sohail. – Reuters
 
murah hati tuan kedai ni...
moga murah rezeki dia...
 
g la cari keje..

duk nak merompak je..

he3..
 
semalam ada keluar kat berita rasanya.... kesian pulak aku nengok pencuri tu... tapi tuan kedai tu memang baik hati le...
 
Orang Islam ni ada gak perasaan belas kasihan walaupun teraniaya, memang mulia hati dia.
 
huah huah huah.. macam kes penjenayah kat ipoh bulan lepas.. si suami masih rasional tak bunuh penjenayah yg bunuh bini & maid dia...
 
Back
Top
Log in Register