BTC USD 60,690.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pencuci mulut luar biasa

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpeg


Azhar menunjukkan betik dalam betik yang ditemui di rumahnya di Bukit Payong, Marang semalam.
< 1 / 1 >
MARANG - Hasrat seorang mekanik untuk menikmati betik yang ditanamnya sebagai pencuci mulut selepas makan tengah hari terbantut setelah mendapati buah tersebut luar biasa.

Azhar Mohamed, 40, dari Bukit Payong, di sini, berkata, ketika betik itu dibelah dua, dia terkejut kerana mendapati ada sebiji lagi buah betik di dalamnya yang berwarna putih berukuran empat sentimeter panjang berada di dalam buah tersebut.

“Melihat keadaannya yang luar biasa, saya batalkan niat untuk makan betik ini,” katanya.

Katanya, ini adalah kejadian pertama dialaminya selepas menanam pokok tersebut beberapa tahun lalu.

Menurut bapa kepada empat anak ini, pokok betik tersebut ditanamnya di belakang rumah dan tidak menyangka ia akan mengeluarkan buah seperti itu.

“Sehingga semalam, saya masih simpan betik ini di dalam peti sejuk dan tidak berhasrat untuk memakannya kerana buah betik ini memang lain daripada yang lain, malahan biji di dalamnya juga sedikit sahaja.

“Bukan senang dapat buah betik sebegini dan mungkin saya akan menyimpannya,” katanya.
 
kehkehkeh....lama mana tahan. harap kejaiban ke?
 
gambar dah amik...
makan jerlah...
betik tu bukan bleh buat kenangan selamanya
gambar tu yg bleh dibuat kenangan2 ...
selfie dgn betik tu sampai puas...
lepas tu ...ngap betik sampai abis licin :D
 
ni paper baca mana punya news? paper afrika ka? cari la bahan berita yang orang nak baca ..setakat cite buah dalam buah ni dah berkali2 aku jumpa sendiri ..
 
Cucilah mulut dengan air, ade plak cuci mulut dengan buah...amik buah betik tu tenyeh2 kat mulut tu ke....comot la..
 
alaaa... biase jek... aku penah jmpe durian dlm durian...

aku sebat jek... x pk pon nk smpan...
 
taklah pelik sangat walaupun bukan kebiasaan
 
Back
Top
Log in Register