TXT
CG Super Hardcore Club

- Messages
- 459,502
Paid Membership
- Joined
- Mar 15, 2010
- Messages
- 459,502
- Reaction score
- 38,197
- Points
- 2,836
SIRI ALAM GHAIB: PENCIPTAAN 7 LAPIS LANGIT
Langit merupakan suatu fenomena yang sangat indah dan menarik dipandang. Tetapi ramai yang tidak tahu tentang penciptaannya. Diriwayatkan dalam hadis bahawa Allah Ta'ala menjadikan langit, bumi, matahari, bulan, bintang dan bukit pada hari Ahad.
Adapun kejadian langit itu daripada asap. Bahawasanya ketika asap itu naik, Allah Ta'ala pun menjadikan ia langit dalam masa dua hari, berlapis-lapis dan terbuka kerana takutnya kepada Allah Ta'ala. Maka Allah Ta'ala menjadikan ia menjadi tujuh lapis. Firman Allah Ta'ala di dalam Surah al-Mulk : 3 yang bermaksud: "Ia jua Tuhan yang menjadikan tujuh lapis langit bertingkat-tingkat. Tidakkah engkau lihat pada yang dijadikan Allah yang bernama Rahman daripada lebih kurangnya?".
Menurut Ibnu Abbas, adapun langit pertama dijadikan daripada zamrud hijau dan ia bernama 'Ajaban. Malaikat yang menjaga langit pertama ini bernama Malaikat Isma'il dan beberapa Malaikat atas rupa lembu. Sesetengah riwayat mengatakan bahawa langit pertama dijadikan daripada ombak yang tersusun dan ia bernama Rafighan sementara Malaikat yang menjaganya bernama Malaikat Salsa'il dan beberapa Malaikat atas rupa rajawali.
Langit kedua diciptakan daripada perak yang putih dan sesetengah mengatakan diciptakan daripada manikam yang merah dan langit ini bernama Qaidun. Adapun Malaikat yang menjaga langit kedua ini bernama Malaikat Manja'il dan beberapa Malaikat atas rupa rajawali dan manusia.
Langit ketiga diciptakan daripada zamrud yang putih dan sesetengah mengatakan diciptakan daripada manikam kuning dan ia bernama Ma'un. Adapun Malaikat yang menjaga langit ketiga ini bernama Malaikat 'Ada'il dan beberapa Malaikat atas rupa kucing. Ada juga riwayat mengatakan atas rupa lembu.
Langit keempat diciptakan daripada yakut merah dan sesetengah mengatakan dari Perak yang putih dan ia bernama Arqalun. Adapun Malaikat yang menjaganya bernama Malaikat Salsa'il dan beberapa Malaikat atas rupa kuda.
Langit kelima diciptakan daripada emas merah dan ia bernama Ritqan. Adapun Malaikat yang menjaganya bernama Malaikat Kalka'il dan beberapa Malaikat atas rupa bidadari.
Langit keenam diciptakan daripada yakut kuning dan sesetengah mengatakan diciptakan dari mutiara dan ia bernama Rufqan. Adapun Malaikat yang menjaganya bernama Malaikat Samha'il dan beberapa Malaikat atas rupa kanak-kanak.
Langit ketujuh diciptakan daripada cahaya yang gilang-gemilang dan ia bernama 'Azabiyan. Adapun Malaikat yang menjaganya bernama Malaikat Zaquba'il dan beberapa Malaikat atas rupa manusia.
Al-Kisa'i meriwayatkan bahawa langit pertama bernama Birqi', langit kedua bernama Faidum, langit ketiga bernama 'Awn (Malaikatnya bernama Malaikat Sa'adya'il), langit keempat bernama Arqalun (Malaikatnya bernama Malaikat Salsa'il), langit kelima bernama Ratqa (Malaikatnya bernama Malaikat Kalka'il), langit keenam bernama Rafqa (Malaikatnya bernama Malaikat Shamkha'il) dan langit ketujuh bernama Ghariba (Malaikatnya bernama Malaikat Rizqa'il).
Ketujuh langit itu tujuh laut daripada cahaya dan tujuh laut daripada hijab dan lain daripada itu tidak terkira. Kesemua laut itu penuh dengan Malaikat yang berbagai-bagai bentuk, mengikut martabat masing-masing.
Segala pintu langit dijadikan daripada emas dan kesemua pintu itu terkunci. Adapun anak kunci kesemua pintu itu tertulis nama Yang Maha Besar. Di atas langit ketujuh itu terdapat sebuah lautan yang bernama Bahr al-Haiwun. Di atasnya pula terdapat laut bernama Bahr al-Qahhar, di atasnya pula ada lagi lautan bernama Bahr al-An'am, di atasnya ada laut bernama Bahr al-Hijb, di atasnya pula ada laut bernama Bahr al-Masfur, di atasnya pula ada laut bernama Bahr al-Nur al-Masfur, di atasnya pula ada laut bernama Bahr al-Masjur.
Di atas Bahr al-Masjur terdapat 70,000 hijab daripada Nur dan di atas 70,000 hijab terdapat 70,000 hijab daripada zulmat dan di atas 70,000 hijab daripada zulmat terdapat 70,000 hijab daripada halilintar, di atasnya 70,000 hijab daripada kilat, di atasnya terdapat 70,000 hijab daripada cahaya seperti cahaya matahari, di atasnya terdapat 70,000 hijab daripada cahaya seperti cahaya bulan, di atasnya pula terdapat 70,000 hijab daripada laut, di atasnya 70,000 hijab daripada sungai.
Di atas sekalian hijab terdapat pohon kayu Sidratul Muntaha dan di atasnya pula terdapat Syurga Jannat al-Ma'wa. Di atas Syurga ini terdapat Hijab al-Hamd dan di atasnya pula terdapat Hijab al-Yajd, di atasnya pula Hijab al-Jabarut, di atasnya pula Hijab al-'Izzati, di atasnya pula Hijab al-'Dhulmat, di atasnya pula Hijab al-Kibriya', di atasnya Hijab al-Kursi, di atasnya pula Hijab al-'Arasy.
Syurga Jannat al-Ma'wa merupakan salah satu dari tujuh tingkat Syurga Allah. Setiap tujuh tingkat Syurga ini dijaga seorang Malaikat. Adapun nama Malaikat yang menjaga tujuh Syurga Allah itu ialah Malaikat Isma'il, Malaikat Mikha'il, Malaikat Sa'adiya'il, Malaikat Salsa'il, Malaikat Kalka'il, Malaikat Samha'il dan Malaikat Ruba'il. Kesemua mereka merupakan kaki tangan dibawah pimpinan Malaikat Ridhuan selaku Ketua Penjaga Syurga.
#MAMR
www.facebook.com

Kelab Pencinta Sejarah & Trivia Dunia | SIRI ALAM GHAIB: PENCIPTAAN 7 LAPIS LANGIT | Facebook
SIRI ALAM GHAIB: PENCIPTAAN 7 LAPIS LANGIT Langit merupakan suatu fenomena yang sangat indah dan menarik dipandang. Tetapi ramai yang tidak tahu tentang penciptaannya. Diriwayatkan dalam hadis...