xsweat
Active Member
- Messages
- 2,102
- Joined
- Apr 25, 2011
- Messages
- 2,102
- Reaction score
- 229
- Points
- 33
Purata gaji pencen kakitangan kerajaan selepas bersara adalah dianggarkan diantara RM 2000-RM 3000 sebulan. Kalau dah 20 tahun akan datang dapat pencen sejumlah itu setiap bulan, boleh ke nak tampung hidup waktu tu tentu nilai RM 3000 dah tak macam sekarang. Kadar inflasi akan terus meningkat. Duit bersara yang dapat pun boleh habis sekelip mata.
Yang duduk rumah kerajaan pun ramai yang belum beli rumah sendiri, jadi bila dah pencen tentu nak cari rumah jugak. Waktu tu rumah pun tentu tinggi, kalau dapat rumah murah pun silap2 rumah teres 2 bilik yang dah cecah harga RM 200k seunit.
Kalau tak mulakan sesuatu tindakan dari sekarang, perniagaan sendiri, pelaburan jangka masa panjang atau perlindungan keluarga macam insurans, macam mana nak survive bila dah tua nanti? tentu ada yang dah plan nak buat business dah bersara nanti, larat ke? Atau mungkin ada yang mengharapkan anak2 dah besar dan kerja dan boleh bantu bila dah pencen nanti. Adakah kerajaan prihatin tentang perkara ni?
Harap ada kakitangan kerajaan sudi2 kongsikan apa tindakan yang diambil dari sekarang? Dah mulakan sesuatu?