balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
MERSING: Kejadian pendulang emas mati tertimbus ketika menggali lubang sekitar ladang milik Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Islam Mersing (PKAYIM) di sini kira-kira dua bulan lalu, nyata tidak membuatkan pencari logam serik.
Keadaan itu terbukti apabila ladang yang terletak di Kilometer 13 Jalan Endau-Mersing dekat sini, kini kembali menjadi sasaran pencerobohan pendulang emas.
Pengarah Syarikat Subur Ikram Sdn Bhd, Tan Ah Fatt, 41, yang bertanggungjawab mengusahakan tanaman sawit di kawasan ladang itu, berkata pihaknya mengesan beberapa pendulang kembali menjalankan kegiatan terbabit sejak sebulan lalu.
Katanya, kumpulan pendulang emas kini bertindak lebih rakus lagi apabila turut menggunakan jengkaut dalam usaha memenuhi keinginan masing-masing mendapatkan hasil lumayan tanpa mempedulikan keselamatan diri, selain mengakibatkan kerosakan ladang.
“Bulan lalu kami dapati penceroboh menggunakan jengkaut untuk mengorek lubang sehingga merosakkan pokok sawit dan jalan ladang, namun sejurus kami sampai, pendulang segera melarikan diri.
“Laporan kepada pihak berkuasa mengenai pencerobohan sudah dibuat dan beberapa operasi dijalankan termasuk menahan pendulang emas sebelum ini, namun mereka tetap berdegil dengan menjalankan kegiatan tersebut tanpa mengira waktu termasuk pada waktu malam,” katanya.
Sehubungan itu, Ah Fatt meminta pendulang emas itu menghentikan kegiatan mereka demi keselamatan diri sendiri selain kerugian yang terpaksa ditanggung pihaknya.
“Kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya sesuatu kejadian tidak diingini berlaku akibat kegiatan mendulang emas atas tanah PKAYIM ini, malah ia menjadi kesalahan sekiranya ditahan pihak berkuasa, mereka boleh didakwa kerana menceroboh kawasan milik persendirian, ” katanya.
“Syarikat terpaksa menanggung kerugian besar berikutan kerosakan pokok kelapa sawit, jalan ladang serta pagar akibat pencerobohan pendulang terhadap kawasan ladang seluas 200 hektar ini, ” katanya.
Katanya, sejak tahun lalu, pihaknya mendapati banyak pencerobohan berlaku di kawasan itu dan pendulang tidak mempedulikan amaran supaya menghentikan aktiviti terbabit.
“Kami kesal kerana masih ada pendulang yang memasuki ladang tersebut tanpa kebenaran sama ada pada waktu siang atau malam untuk menggali emas secara haram.
“Seperti diketahui umum aktiviti pencari emas ini mengundang bahaya kerana rekahan batu yang dipahat mereka di dasar terowong yang digali boleh runtuh pada bila-bila masa menyebabkan pendulang berdepan risiko mati ditimbus tanah,” katanya.
Dalam kejadian dua bulan lalu, seorang pemuda berusia 24 tahun maut akibat tertimbus di dasar terowong yang runtuh selepas digali sedalam kira-kira lima meter.
sumber: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Pencariemastidakserik/Article