BTC USD 76,377.0 Gold USD 4,296.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MYS Penang FC 0 - 1 Kelantan TRW : akhiri kemarau kemenangan

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,771
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,771
Reaction score
289
Points
146

Misi tiga mata pertama TRW saingan Liga Super​

3256121.webp

Elavarasan

PENGENDALI Kelantan The Red Warriors (TRW), E Elavarasan mahu anak buahnya meraih tiga mata pertama dalam saingan Liga Super apabila menentang Penang FC di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang, pada Sabtu.

Menurutnya, tiga mata amat penting bagi memperbaiki kedudukan kelab pantai timur itu serta merapatkan jurang kutipan mata dengan pasukan teratas dalam saingan musim ini.

“Kami hanya mencatat dua keputusan seri dan satu kekalahan selepas tiga perlawanan. Jadi, perlawanan ini sangat penting untuk mendapatkan kemenangan pertama sekali gus memberikan keyakinan kepada penyokong untuk hadir ke stadium pada aksi seterusnya.

“Sudah tentu ia bukan perlawanan yang mudah, lebih-lebih lagi di tempat lawan kerana kedua-dua pasukan masih belum meraih kemenangan pertama musim ini,” katanya.

Selepas tiga perlawanan, TRW berada di tangga ke-10 liga dengan dua mata, manakala Penang FC di kedudukan ke-11 dengan satu mata.

Sementara itu, pengendali berusia 63 tahun berkenaan mahu pemainnya turun dengan motivasi tinggi bagi memastikan kemenangan dan membawa pulang tiga mata ke Kota Bharu.

“Pemain perlu beraksi dengan penuh semangat juang walaupun bermain di tempat lawan, selain mengelakkan kesilapan yang boleh memberi peluang kepada lawan menjaringkan gol.

“Kita tahu Penang FC mempunyai kualiti untuk menguasai permainan jika pemain kami melakukan kesilapan,” katanya.

Beliau turut mengakui Penang sebagai sebuah pasukan berpotensi terutama ketika beraksi di gelanggang sendiri.

“Tumpuan utama adalah kepada corak permainan dan taktikal pasukan. Kami sudah meneliti kelemahan sebelum ini dan berusaha membaikinya,” katanya. – Bernama
 
3256886.webp

Ifedayo wira Kelantan TRW di Stadium Bandaraya.

KELANTAN The Real Warriors (TRW) akhirnya menamatkan penantian untuk meraih kemenangan sulung dalam saingan Liga Super musim ini selepas menundukkan Penang FC 1-0 di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang pada Sabtu.

Gol tunggal perlawanan hadir pada minit ke-28 menerusi kapten Kelantan TRW, Ifedayo Olusegun Patrick Omosuyi pada minit ke-28 yang memanfaatkan kealpaan barisan pertahanan pasukan tuan rumah.

Penang yang mendapat sokongan lebih 2,000 penyokong setia cuba bangkit mencari gol penyamaan, namun ketumpulan di bahagian penyudah serta disiplin barisan pertahanan The Real Warriors menutup ruang buat pasukan tuan rumah.

Penang FC kendalian Wan Rohaimi Wan Ismail selepas itu terpaksa bermain dengan 10 pemain selepas pertahanan Mohammad Khairul Akmal Rokisham dilayangkan kad merah pada minit ke-37.

Kemenangan ini sekali gus menghidupkan kembali keyakinan anak buah E Elavarasan untuk bersaing dalam saingan liga selepas beberapa keputusan mengecewakan sebelum ini, manakala anak buah Wan Rohaimi pula terpaksa akur dengan kekalahan di laman sendiri.
 
Back
Top
Log in Register