kupanglaut
Super Active Member
- Messages
- 9,716
- Joined
- Jun 13, 2025
- Messages
- 9,716
- Reaction score
- 97
- Points
- 80
Medan pertarungan bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 membuka gelanggangnya hari ini dengan proses penamaan calon di 25 lokasi bagi merebut 73 kerusi yang dipertandingkan.
Tempoh satu jam diberikan iaitu dari 9 hingga 10 pagi untuk penyerahan borang pencalonan sebelum Pegawai Pengurus Pilihan Raya (RO) mengumumkan senarai calon yang layak bertanding.
Calon kemudiannya mempunyai tempoh 14 hari untuk berkempen bagi meraih sokongan pengundi, iaitu sehingga 11.59 malam pada 28 Nov ini.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengingatkan parti politik yang bertanding serta penyokong supaya bersama-sama memastikan ketenteraman awam semasa proses penamaan calon hari ini termasuk mengelakkan sebarang bentuk provokasi.
Bagi melancarkan PRN17 Sabah, SPR telah melantik 25 RO dibantu oleh 196 Penolong Pegawai Pengurus dan 33,002 petugas.
Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata 15 lokasi panas dikenal pasti memerlukan kawalan keselamatan rapi pada PRN ini dengan tumpuan khusus di beberapa kawasan sekitar Kota Kinabalu dan pantai timur.
Beliau berkata 9,300 pegawai dan anggota polis ditempatkan di seluruh negeri termasuk pasukan daripada Jabatan Siasatan Jenayah (CID) dan Pasukan Penggempur Ringan (LSF) atau Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) di kawasan tertentu.
Penempatan itu termasuk penugasan 4,300 pegawai dan anggota di 25 pusat penamaan calon di seluruh negeri hari ini bagi mengawal trafik selain pemantauan terhadap bangunan pentadbiran dan Istana Seri Kinabalu.
SPR menetapkan tarikh pengundian awal bagi PRN Sabah pada 25 Nov dan hari pengundian pada 29 Nov.
Penamaan Calon PRN Sabah Hari Ini, Kempen Menangi Hati Pengundi Bermula
penamaan, calon, PRN Sabah, SPR, kempen