BTC USD 81,635.1 Gold USD 4,344.18
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penahanan I.S.A

serban hitam

Active Member
Messages
1,147
Joined
Aug 14, 2009
Messages
1,147
Reaction score
147
Points
33
Tahanan ISA lazimnya diletakkan di bawah tahanan di Pusat Tahanan Kamunting.

60 hari pertama
Seseorang yang ditahan di bawah ISA semasa 60 hari pertama tidak dibenarkan berkomunikasi dengan dunia luar. Tambahan pula, peguam dan ahli keluarga tidak dibenarkan melawat orang yang ditahan semasa tempoh awal ini. Jika satu perintah penahanan dua tahun ditandatangani, orang yang ditahan akan dibawa ke Pusat Tahanan Kamunting untuk tempoh yang ditetapkan, dan ahli keluarga lazimnya dibenarkan melawat semasa tempoh ini. Jika tidak, orang yang ditahan akan dibebaskan.

Penyeksaan
Penyeksaan dilaporkan menjadi sebahagian daripada kehidupan harian tahanan ISA. Mereka yang pernah ditahan menyatakan bahawa mereka telah didera secara fizikal dan mental yang termasuk salah satu daripada senarai ini: pukulan, penanggalan pakaian, soal siasat 24 jam, ketidakbenaran tidur, ancaman bunuh, ancaman deraan fizikal pada ahli keluarga termasuk ancaman rogol kepada anak mereka. Juga, tahanan diletakkan secara individu dalam sel penjara kecil tanpa cahaya dan udara, dalam yang dipercayai menjadi sel tahanan rahsia. Teknik dan aksi penyeksaan ini direka untuk memalukan dan menakutkan tahanan supaya mendedahkan kekurangan dan memecahkan pertahanan mereka. [perlu rujukan]

bukan nak buat provokasi ......kita hanya nak bincang akan perkara ini sahaja. harap berhujah dengan berhemah

http://ms.wikipedia.org/wiki/Akta_Keselamatan_Dalam_Negeri_(Malaysia)
[/B]
 
rumah sy dpn kem tahanan ISA kamunting.bapak kawan sy warder dlm tu..

ok jer..x dak masalah

siap time al arqam nk di bebaskn,warder ni menagis,sbb sygkn dorang..al arqam ni lah yg mengimarahkan masjid dlm tu tiap2 mlm..besides,sy tadika dlm tu jugak dulu..dlm ISA tu sendiri..bkn depan ISA

ini dari sudut yg aku nampak selama ni lah

sumber kewangan banduan :
banduan ni bercucuk tanam dlm tu.bkn dlm kawasan tembok besi tu..tp sekitar kem tu.slalu gak aku nampak dorang ni.

pastu ada mini market dlm tu..banduan nye hasil kerja la..ada yg jual sayur,ada jual kraftangan.ikt skil n kepandaian masing2..


pastu,
ada jugak banduan yg d bawak keluar dari kem..utk tlg wat kerje2 mcm potong rumput..ini aku slalu nampak...banduan potong rumput kt surau depan ISA

pastu,
bg banduan yg pandai wiring ke ape2 pasal elecktrik dan sewaktu dgn nya,diorang tlg wat bende2 cmtu la..ini pn aku tgk sendiri..sbb slalu banduan ni dtg kt skola aku..skola aku sblh ISA

pastu,
yg aku cerite ni yg dah sampai tahap parol (aku pn tatau tahap per,yakni berkelakuan baik) so boleh la keluar cmtu..

bg tahanan politik yg profil tinggi,dorang d layan baik.sel tu pn beze..kire ader klas tersendiri la

so kesimpulan dari ape yg aku perhatikan.ISA bkn kem X-ray.lebih kepada membentuk banduan tu..kalo nk yg dasyat,pergi penjara Taiping..situ sume kes ader..situ kene raging pn byk

*sori.ayat tunggang langgang...ape terlintas terus taip
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register