BTC USD 83,897.4 Gold USD 4,151.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pemusnahan Fail di Shah Alam

Cepat2... Musnahkan apa yg patut... Nanti terlambat susah plak anak beranak... Nanti Jin kat bukit cerakah pun susah owh...

:eek: :eek: :eek:
 
mana dato seri ( bekas ) kita ni ek ? lama x nampak kat paper ..
 
nak musnahkan fail2 tu tak pe lah, musnahkanlah, tapi yang penting nanti saksi2 yg akan di soal di mahkamah, baru menggeletar. jgn dia 'musnahkan' saksi2 ikut 'cara' Najib sudahle.
 
mana dato seri ( bekas ) kita ni ek ? lama x nampak kat paper ..

Cite terbr bekas MB Selangor...

BN Selangor minta rakyat tak bimbang
Oleh Wan Jailani Razak dan Rafidah Mat Ruzki

SHAH ALAM: Barisan Nasional (BN) Selangor meminta rakyat di negeri itu tidak bimbang kerana parti itu akan membantu mereka memastikan kerajaan baru pakatan pembangkang yang akan dibentuk, memenuhi janji manifesto pilihan raya umum baru-baru ini.

Pengerusinya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Panjang, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, berkata antara lain BN mahu pakatan itu menunaikan janji mengurangkan cukai pintu kediaman sebaik kerajaan baru ditubuhkan.

Katanya, BN mahu pelbagai janji pembangkang dilaksanakan, termasuk memberi bekalan air kegunaan domestik percuma bagi 20 meter padu pertama setiap bulan.

“Kita gembira dapat membantu rakyat sebagai pembangkang di DUN. Kita dah bekalkan manifesto pembangkang kepada ahli Umno dan akan memastikan setiap janji manifesto dilaksanakan dan rakyat mendapat pembelaan sewajarnya.

“Mereka berjanji pesakit berusia lebih 65 tahun mendapat rawatan percuma dan kita akan daftarkan pesakit berusia 65 tahun. Bagi setiap anak sekolah yang dijanjikan akan mendapat RM75 sebulan, kita juga akan tolong penduduk daftarkan semua anak ke tadika,” katanya pada sidang media pertama sejak Pilihan Raya Umum Sabtu lalu, di Bangunan Umno Selangor, di sini, malam tadi.

Bekas Menteri Besar berkenaan sebelum itu mempengerusikan mesyuarat bersama 18 Adun Umno yang memenangi pilihan raya kali ini.

Dr Mohamad Khir berharap mereka yang diberikan mandat oleh rakyat untuk membentuk kerajaan dapat menjaganya sebaik-baiknya kerana Selangor adalah negeri yang baik dan cantik.

Beliau berharap kerajaan baru akan memastikan rakyat Selangor menikmati hidup lebih berkualiti dan Umno berjanji tidak akan mengizinkan mana-mana pihak cuba merosakkan Selangor yang sudah dibina BN dengan baik.

“Kita akan beri kerjasama selagi projek itu menguntungkan rakyat dan ketelusan diamalkan. Jika projek ini tidak mengambil kira sensitiviti kaum, kita akan mengambil tindakan.

“Walaupun dari segi komposisi Exco nampaknya jumlah orang Melayu kurang, kita harap mereka akan dapat membela nasib orang Melayu dan kaum lain di Selangor. Kita tidak mahu halangan tertentu dikenakan untuk mengamalkan agama di kawasan tertentu,” katanya.

Mengenai kekalahan BN di Selangor, Dr Mohamad Khir berkata, parti itu akan melakukan kajian terperinci bagaimana ia berlaku dan berjanji bekerja keras bagi memastikan BN kembali memerintah dalam masa empat tahun lagi.

“Kita tidak pernah patah semangat. Di Selangor, kita bertanding empat parti dan BN menang 20 kerusi, PKR hanya menang 15, DAP 13 dan Pas lapan, siapa yang banyak kerusi?” katanya.

Ditanya kelewatannya mengadakan sidang media itu, beliau berkata, BN perlu mengambil kira perasaan pengundi dan rakyat Selangor, selain menunggu cadangan kerajaan yang ditubuhkan sebab mereka bertanding mengikut parti dan ada manifesto berbeza.

Katanya, pembangkang ada dua manifesto iaitu DAP dengan manifestonya dan PKR serta Pas ada manifesto bersama.

Beliau menolak khabar angin ada percubaan BN untuk memujuk ahli Pas menyertai parti itu kerana menyifatkan ia tidak logik berbuat demikian terhadap lapan wakil rakyat Pas.

Dr Mohamad Khir juga berkata, pentadbirannya tidak ada apa yang perlu disorokkan, termasuk membawa keluar dokumen kerajaan dari bangunan pentadbiran kerana beliau mempunyai semua butiran termasuk kedudukan kewangan Selangor, simpanan negeri dan keuntungan yang diperoleh anak syarikat kerajaan.
 
Barisan Rakyat akan buktikan bahawa bernaung di bawah BA adalah lebih baik drpd BN..... bukan setakat 2 jer, segala penyelewengan dan amalan rasuah yg mengakibatkan kezaliman rakyat akan dibanteras dan diadili.... BN ingat boleh terlepas ker?
 
nak musnahkan fail2 tu tak pe lah, musnahkanlah, tapi yang penting nanti saksi2 yg akan di soal di mahkamah, baru menggeletar. jgn dia 'musnahkan' saksi2 ikut 'cara' Najib sudahle.

aik....macam mana cara najib tu.....;)
 
sibuk nyer BN ni...
bagus ler dia sebuk...

dia nak memastikan manifesto barisan rakyat ditunaikan...

so.. kat sini dah nampak... kalau dia jadi MB... tak sempat pun nak dgr masalah rakyat.., 4 tahun dulu, dah janji nak buat jejantas kat KAJANG UTAMA sebab kerajaan buat highway kat situ... tapi dia dah lupa... sebelum mengundi tanya pun tak jawab... tu pasal warga kajang pun terlupa saper mohd khir ...

lepas jadi adun biasa jer... byk masa terluang tu...
nak pastikan kanak2 berdaftar ngan tadika...
nak pastikan warga selangor dpt air bersih percuma utk RM20...
nak cari org2 yg umur lebih 65 tahun...

bagus la camtu...
dia memang sesuai duduk bawah... baru buat kerja...:D :D
 
Cite terbr bekas MB Selangor...



“Kita tidak pernah patah semangat. Di Selangor, kita bertanding empat parti dan BN menang 20 kerusi, PKR hanya menang 15, DAP 13 dan Pas lapan, siapa yang banyak kerusi?” katanya.


Dr Mohamad Khir juga berkata, pentadbirannya tidak ada apa yang perlu disorokkan, termasuk membawa keluar dokumen kerajaan dari bangunan pentadbiran kerana beliau mempunyai semua butiran termasuk kedudukan kewangan Selangor, simpanan negeri dan keuntungan yang diperoleh anak syarikat kerajaan.


Cuba pecahkan...Berapa Umno, Brp Mic, Brp Mca, Brp Gerakan, brp PPP dan brp bla bla bla
 
Back
Top
Log in Register