BTC USD 60,506.0 Gold USD 4,335.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pemuda UMNO Kelantan

Bionik

Super Active Member
Messages
8,222
Joined
Nov 16, 2009
Messages
8,222
Reaction score
59
Points
70
Pemuda UMNO Kelantan lancar Tombak

MACHANG 24 Feb. - Bagi mendekatkan lagi hubungan dan meningkatkan peranannya dalam masyarakat, Pergerakan Pemuda UMNO Kelantan kini mewujudkan Tabung Orang Muda Berbakti Kelantan (Tombak).

Tombak yang disasarkan dapat mengumpul RM500,000 pada tahun permulaan ini akan memberi tumpuan membantu golongan muda yang berdepan dengan masalah kemiskinan bagi meneruskan pelajaran atau menimba kemahiran.

Ketuanya, Anuar Sapian berkata, inisiatif yang diambil atas komitmen para pemimpin Pemuda di peringkat bahagian dan juga ahli merupakan pelengkap kepada usaha kerajaan melalui pelbagai jabatan serta agensinya dalam pembangunan masyarakat.

''Tombak akan dilancarkan sempena Karnival Belia dan Pemuda Negeri Kelantan Jumaat ini (esok) di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Ilmu Machang," ujarnya di sini hari ini.

Katanya, sempena pelancaran, seramai 30 orang anak yatim akan menerima sumbangan Tombak yang akan disampaikan oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Sementara itu, katanya, karnival sehari dengan kerjasama Gerakan Belia 4B Kelantan yang julung kali diadakan itu bertujuan merapatkan hubungan pimpinan Pemuda dengan belia di segenap peringkat dan juga mahasiswa.

''Program itu akan diisi dengan kejohanan futsal Pemuda UMNO Kelantan yang akan turut dimeriahkan dengan kehadiran skuad Wira Merah.

''Juga akan diadakan sukan rakyat, pameran oleh pelbagai agensi kerajaan dan swasta, di samping pertunjukan motosikal cantik dan program Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Bersama Rakyat," ujarnya.

Pada sebelah malamnya diadakan tayangan amal filem Belukar dan pelancaran Tombak di Dewan profesional UiTM Machang yang akan turut dihadiri oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin.
~utusanMeloya~
 
Wang Ihsan akan disalurkan kpd JPP bulan depan, tapi geng pemuda UMNO ni masih lagi nak kutip wang dr rakyat. Umno..umno...tak habis-habis pasal wang..wang.. $$$:(
 
Wang Ihsan akan disalurkan kpd JPP bulan depan, tapi geng pemuda UMNO ni masih lagi nak kutip wang dr rakyat. Umno..umno...tak habis-habis pasal wang..wang.. $$$:(

Aku setuju nie. kan 20 juta wang ehsan 2 x nak bagi kat kerajaan negeri..nak urus sendiri..guna la duit tu.:-?:-?
 
2o juta tuh dah ada yg booking.tokpa 10juta awang 10juta kot.hehehehe.
yg heran, sanggup plak umno kelantan dibo doh kan oleh pemimpin dorang.
kononnya slogan najib rakyat didahulukan.umnooo umnooo...mcm hampeh.
 
UMngok neh.. macm benda dia bawak... huh.. x tau la.. dah tau x bleh tawan kelantan berambos je la.. chhaaiitt.... sebab kelantan ada minyak tersembunyi kot....
 
Tombak yang disasarkan dapat mengumpul RM500,000 pada tahun permulaan ini akan memberi tumpuan membantu golongan muda yang berdepan dengan masalah kemiskinan bagi meneruskan pelajaran atau menimba kemahiran.

nak kumpul 500 ribu ni mintak kat sape?kat rakyat kelantan gak ke?kalau aku lah rakyat kelantan..tak kuasa aku nak bagi duit kat puaka umngok ni..last2 duit diorang gak yg sapu..hampes..:(scam
 
buat kat Uitm?
kalau pembangkang buat sesuatu program kat IPTA....
berabis korang wat demo ye....
kalau korang yg buat kat IPTA nie.....
rilek je....
dasar munafik....
 
aku nie rakyat klate....
tak kuasa aku nak labur kat depa walaupun se rial....
baik aku beli sirap kat kat tepi jalan....
:">:">
 
buat kat Uitm?
kalau pembangkang buat sesuatu program kat IPTA....
berabis korang wat demo ye....
kalau korang yg buat kat IPTA nie.....
rilek je....
dasar munafik....

bukan xleh berpolitik kat U ker???
 
Back
Top
Log in Register