BTC USD 63,361.3 Gold USD 4,459.22
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pemuda Umno Ini Lembab...

ronaldinhood

Super Active Member
Messages
9,352
Paid Membership
Joined
Apr 3, 2006
Messages
9,352
Reaction score
73
Points
70
Saman ekor: PAS dakwa Pemuda Umno lembab

Walaupun berkongsi pendirian yang sama, PAS tidak akan mengajak Pemuda Umno turut sama dalam kempen anti-saman ekor.

Naib presiden PAS Datuk Mahfuz Omar sebaliknya menempelak pergerakan itu sebagai lembab.

"Pemuda Umno ini lembab.

"Amat malang, orang sudah lama bincang dia baru bersuara," katanya.

Sehubuhan itu, Mahfuz yang juga pengerusi kempen anti saman ekor (KASE) berkata pihaknya tidak perlu mengajak Pemuda Umno turut serta dalam kempennya.

"Tak apalah. Biarlah dia (Pemuda Umno)," katanya dalam sidang media di kementerian pengangkutan di Putrajaya hari ini.

Semalam, ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata amalan saman ekor tidak adil dan patut dimansuhkan kerana mengandaikan seseorang itu bersalah tanpa diberikan peluang membela diri.

Khairy mengeluarkan kenyataan tersebut selepas mengadakan pertemuan dengan 14 pengusaha bas dan teksi di PWTC.

Sebelum itu, PAS lebih awal mengumumkan kempen anti-saman ekor, antaranya mendesak pelbagai pihak memansuhkan saman ekor dan menghentikan amalan menyenerai-hitamkan pengguna kenderaan.

Tindakan kerajaan itu dianggap parti Islam itu sebagai tidak berperlembagaan dan menafikan hak pengguna daripada menggunakan kenderaan sebagai harta persendirian.

Memang lembab ke?
:D
 
ekekeekee lembu btoi la..........
 
bukan takat lembab tapi bengaaapp berkilo2 pemuda umgok nih :eek::eek::eek::eek:
 
ahh memang lembab, org dah lama, dia baru bersuara. Khairi nak cari publisitiiiiii la tu. imejnya kan makin merudum
 
mmg betul pon....dah beriban berjaya dikutip barulah tersedar atau buat2 tersedar..
 
Back
Top
Log in Register