BTC USD 64,831.0 Gold USD 4,434.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pemuda Umno cari formula isu PTPTN

ree1

Active Member
Messages
1,145
Joined
Nov 30, 2011
Messages
1,145
Reaction score
380
Points
41
SHAH ALAM – Pemuda Umno akan mengadakan satu pertemuan meja bulat dengan mahasiswa pada 14 April ini, bagi mengetahui kehendak sebenar mereka berkenaan isu Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN).

Pengerusi Biro Pengajian Tinggi Pemuda Umno, Shahrin Jamaludin berkata, pertemuan itu akan diadakan serentak dengan tiga kumpulan iaitu kepimpinan tertinggi, pemimpin lain dan pelajar biasa.

Menurutnya, pada pertemuan itu nanti, ketiga-tiga peringkat mahasiswa ini akan berbincang dan mengeluarkan satu resolusi bersama berkenaan isu PTPTN yang semakin panas diperkatakan sekarang.

Katanya, Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin turut mengarahkan Pemuda mengikuti perkara ini dengan dekat kerana isu PTPTN amat dekat dengan sebilangan besar pelajar dan bekas pelajar.

“Khairy arahkan kami untuk menyelesaikan perkara ini secepat mungkin. Kami akan melihat semua cadangan dan kehendak paling realistik untuk PTPTN.

“Oleh itu Pemuda Umno komited untuk membuat kajian, adakah isu ini kehendak sebenar pelajar atau kehendak Pakatan Rakyat (PR)?” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Katanya, kajian yang akan diadakan nanti mungkin meliputi cadangan menyediakan skim mengurangkan jumlah pembayaran atau alternatif lain yang boleh diambil kira.

“Agak sukar sebenarnya untuk menghapuskan PTPTN secara total dan menukarnya kepada biasiswa kerana kerajaan terpaksa menarik subsidi dari perkara lain.

“Apa yang boleh kerajaan buat adalah menukar pinjaman menjadi biasiswa kepada pelajar yang mendapat kelas pertama dan beberapa pengecualian lain,” katanya.

Ditanya mengenai tindakan beberapa pergerakan pelajar yang mahu mengadakan demonstrasi besar-besaran menuntut PTPTN dimansuhkan pada 14 April ini, Shahrin menegaskan pelajar-pelajar ini seharusnya bersikap logik.

“Jangan tanya apa yang negara beri kepada kita, tetapi tanya apa yang kita telah beri pada negara. Jika tidak mahu bayar semula pinjaman PTPTN, pelajar mestilah belajar bersungguh-sungguh.

“Jadi nasihat saya kepada pelajar yang ingin turun berdemo ini, jangan jadi alat pembangkang,” katanya.

Sebelum ini, Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berkata, partinya akan menyokong tindakan pelajar yang akan berhimpun menuntut supaya PTPTN dihapuskan.

Katanya, Pas juga akan menyokong tuntutan supaya hutang PTPTN yang ditanggung pelajar kini dihapus oleh kerajaan menjelang PRU13.

Katanya, langkah itu perlu dilakukan memandangkan kerajaan sanggup menghapus kira pinjaman mudah yang diberikan kepada golongan korporat yang mempunyai kaitan dengan Umno.
 
Last edited:
depa gelabah dah...pr bagi umpan baik punya hahaha
 
Baru ler mengelabah :D PR leh buktikan bahawa Kerajaan mampu hapuskan PTPTN ... UMNO dah x senang duduk
 
sekali lagi, kenapa hutang kroni beratus juta bole dihapus lupus je berbanding pinjaman ptptipu nih...
 
yang pelik kenapa pemuda umno yang nak sibuk2 ... itu urusan kerajaan - PTPTN dan pelajar. Nak tunjukkan korang buat kerja ke? pegidaaaaa....aku lagi rela pangkah parti kunci
 
cari punya cari penyelesaian... last2 depalah hero.. mengambil keputusan menghapuskan PTPTN demi keperihatinan pihak2 tertentu kepada rakyat - selepas pilihanraya... selalu doh cerita ni duduk ulang2... tajuk jer lain2.. modus operandi jer sama.
 
haha.. pening lalat umgok.. baru drg tahu..
 
cari punya cari penyelesaian... last2 depalah hero.. mengambil keputusan menghapuskan PTPTN demi keperihatinan pihak2 tertentu kepada rakyat - selepas pilihanraya... selalu doh cerita ni duduk ulang2... tajuk jer lain2.. modus operandi jer sama.

xpa..biarkan..asalkan terhapus segala hutang pelajar ni..
kita tau yg hutang ni leh dihapuskan,so..:D
 
X PAYAH BINCANG! LAGI DAH...JOM PILIH PR TERUS...kehkehkeh

Nurul Izzah: Tukar pinjaman PTPTN kepada biasiswa

8e7f516cb12f68278ee6c2286f8e5fdb.jpg

Ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar mempersoalkan kenapa pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada mahasiswa universiti tidak ditukarkan kepada biasiswa penuh, sebagai memenuhi semangat Fasal 153 Perlembagaan Persekutuan.

Mengulas cabaran Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) yang dilaporkan menolak jemputan debatnya berhubung kedudukan istimewa orang Melayu, Nurul Izzah berkata, NGO itu tentu setuju sekiranya pendapatan Petronas disalurkan kepada dana pendidikan untuk tujuan itu.

"Perkara ini tidak mustahil kalau akaun Petronas didedahkan kepada umum melalui Parlimen. Usaha melaksanakan tadbir urus yang cekap ini semestinya selaras dengan perjuangan mempertahankan hak-hak orang Melayu," katanya.

Menulis dalam blognya, anak sulung Datuk Seri Anwar Ibrahim itu memperli PERKASA dengan berkata, tindakan itu lebih bermanfaat daripada laungan meminta orang Melayu mendapat lebih banyak biasiswa daripada kaum lain.

"Dalam bahasa mudah, apa gunanya orang Melayu mendapat tujuh biasiswa, dan kumpulan lain mendapat tiga tempat sahaja. Apa yang saya perjuangkan ialah banyakkan biasiswa kepada 100 tempat (contohnya) sudah pasti ramai orang Melayu mendapat manfaat," jelasnya.

Beliau juga menimbulkan kembali tentang kuota universiti yang diubah pada zaman pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri supaya lebih bersemangat meritokrasi.

"Bukankah ini mencabuli hak keistimewaan orang Melayu, kalau mengikut apa yang telah dilaung-laungkan PERKASA?" katanya mempersoalkan tindakan penasihat PERKASA itu.

Dalam tulisan bagi menjelaskan kegusarannya tentang perjuangan PERKASA dan kedudukan istimewa orang Melayu itu, Nurul Izzah mengambil peluang membela dirinya setelah digelar "pengkhianat", "tidak matang" dan "buta sejarah" dalam isu peruntukan kedudukan istimewa Melayu.

'Saya hanya mahu bincang pelaksanaan'

"Saya sudah jelaskan, bukan niat untuk meminda peruntukan Perlembagaan Persekutuan tentang kedudukan orang Melayu, tetapi sekadar mencari penjelasan tentang apa yang dilaung-laungkan oleh PERKASA tentang perjuangan mereka untuk melindungi orang Melayu.

"Apa saya hujahkan dalam tulisan sebelum ini, bukan mempersoal kedudukan istimewa orang Melayu, tetapi pelaksanaan dasar-dasar yang hanya menguntungkan segelintir orang Melayu dipersoalkan," kata puteri sulung ketua pembangkang itu.

"Sayangnya, jemputan saya itu ditolak mentah-mentah oleh pimpinan PERKASA dengan alasan soal kedudukan orang Melayu tidak boleh didebatkan, sedangkan yang saya mahu bincang hanyalah pelaksanaan dasar-dasar yang dikatakan dibuat atas peruntukan perlembagaan," kata Nurul Izzah.

Dalam tulisan itu juga, Nurul Izzah turut membangkitkan beberapa perkara, antaranya:

(1) Bagaimana dasar kuota dalam perkhidmatan awam selaras dengan keperluan untuk menunjukkan kepelbagaian dalam sektor awam?

(2) Adakah ini liberalisasi 27 sub-sektor ekonomi bertentangan dengan perlembagaan dan memberi kesan kepada "hak Melayu"?

(3) Kenapa soal perlembagaan tidak dibangkitkan ketika Dr Mahathir pada tahun 2003 memperkenalkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Ingggeris (PPSMI), yang kini sudah dihapuskan?

(4) Adakah memperuntukkan pegangan minimum 30 peratus ekuiti bumiputrea akan mengayakan seluruh orang Melayu dan nenaikkan taraf hidup orang Melayu; sekali gus menyelesaikan masalah kemiskinan bandar?


-- Malaysiakini
 
Back
Top
Log in Register