BTC USD 63,083.7 Gold USD 4,317.96
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pemuda PAS 'simpati' pada ulama muda Umno

jimie lee

Permanently Banned - Multiple ID
gem
Messages
5,244
Joined
Jul 1, 2011
Messages
5,244
Reaction score
839
Points
111
Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan hari ini berkata beliau bersimpati dengan 40 ulama muda Umno yang terus dikaitkan dengan fahaman Wahabi dan keganasan walaupun didakwa sudah berhempas pulas mempertahankan kerajaan.

Antara tindakan itu, tambahnya, apabila kumpulan itu menyerang PAS dalam isu kontroversi Festival Fesyen Islam (IIF) dan menempelak penganjuran perhimpunan BERSIH 2.0.

81dfcc7a32c1ad2a68a11e1452bed241.jpg


"Ternyata usaha ulama muda Umno tidak langsung dihargai, kedudukan mereka kini seperti habis madu sepah dibuang merata-rata.

"Saya tidak pasti apakah benar matlamat mereka menyertai Umno adalah untuk menyelamatkan diri mereka dari terus dilabel sebagai wahabi dan pengganas atau tidak," dakwanya.

Bagaimanapun, katanya, beliau bersyukur apabila bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Asri Zainul Abidin tidak "terpedaya" walaupun dihulur "bantal empuk" menyertai Umno bersama kumpulan itu pada Jun tahun lalu.

Malaysiakini pada Isnin melaporkan, dalam taklimat tertutup Majlis Keselamatan Negara (MKN) di Putrajaya pada hari sama, bekas Dr Asri dan 40 ulama muda Umno antara yang dikaitkan dengan fahaman itu.

17be187dc241c994dc6f2aea429bc3a8.jpg


Menulis dalam blognya malam tadi, Nasrudin - graduan Universiti Al-Azhar, Mesir - juga menyindir Pemuda Umno yang tidak membela kumpulan itu walaupun dalam masa sama mempertahankan Dr Asri.

"Apakah Pemuda Umno merasakan ulama muda Umno ini menjadi saingan mereka lalu membiarkan mereka dipalit label pengganas?" soalnya sinis.

Bagaimanapun, Nasruddin yang mengakui mengenali sebahagian anggota ulama muda Umno berkata, melalui raut wajah dan sosok tubuh, tidak tergambar di fikirannya bagaimana mereka boleh tersenarai sebagai pengganas.

"Kini saya termenung di anjung musolla sambil mengenang isu ini dan hati saya berdetik, kalaulah 40 ulama muda itu menyertai PAS lalu berganding memperjuangkan Islam, membasmi kejahilan, menentang kezaliman, membenteras kemungkaran dan menegakkan syariat, alangkah manis dan indahnya.

"Berbaloi digelar 'pengganas' oleh kerajaan Umno dan BN kerana menentang mereka," tulisnya lagi dalam artikel itu.http://www.malaysiakini.com/news/171169
 
kesian 40 ulama muda dlm umno nih.. kena label pengganas yer...
pencacai xnak backup ulama muda ni ke?
 
Ni bakal jadi macam Dato' Dr Mashitah suatu masa dulu. Atau Dato Pirdaus.

Tapi masing masing ada sebab tersendiri. Nak berjuang, cara banyak. Yang penting niat, tapi pada masa sama jangan pula niat menghalalkan cara.
 
lihat,kayanya allah...DIA nak menyedarkan ulamak2 muda ni supaya jgn terus terpesong...TAKBIRRR...
 
nak sangat masok cuci um-no dari dalam..
nih lah natijahnya pabila d pergunakan oleh sang sekular dan sang zionis..
organisasi um-no telah rosak terok..tak perlu d baiki hanya perlukan pengganti nya sahaja..
 
dalam umno tu bukan ulamak... tapi ULAR MAK!
 
ulama apa tolak hukum tuhan..sokong kemungkaran..xberani bersuara...
klu betul2 ulama ".....la yakhofuuna lau mata la im..." ni baru betoi ulama...
 
Kesian...
Dipergunakan oleh pemimpin dorang sepenuhnya.
Tapi masih tak sedar2.
 
cukupla ostad janggut perang tu jadi ularmak..janganla ditambah lagi ular2 yang lain..berhijrahla
 
Back
Top
Log in Register