BTC USD 63,766.0 Gold USD 4,461.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Pemuda hilang ditemui lemas

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,254
Joined
Dec 6, 2010
Messages
26,254
Reaction score
1,661
Points
201
Pemuda hilang ditemui lemas
FB_IMG_1640417499772.jpg

Kuantan: Pemuda yang hilang selepas mandi sungai bersama sepupunya di kawasan Jambatan Pekan Sehari, Kuala Krau, Rabu lalu ditemui lemas, semalam.

Mayat Ahmad Lais Hirraz Mohd Syara, 22, ditemui terapung di permukaan sungai oleh anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang melakukan tinjauan dari atas jambatan pada 5.20 petang.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani ketika dihubungi berkata, operasi mencari dan menyelamat mangsa telah digerakkan sejak Rabu oleh pasukan daripada Balai Bomba dan Penyelamat Temerloh dan PDRM.

"Pencarian menggunakan bot di sepanjang sungai selain pencarian di permukaan. Pada Khamis, operasi turut membabitkan Pasukan Penyelamatan di Air BBP Bukit Angin di kawasan sehingga satu kilometer dari lokasi hilang," katanya.

Menurutnya, mayat mangsa ditemui kira-kira 30 meter dari lokasi kejadian dan diserahkan kepada PDRM untuk tindakan lanjut.

@hmetro.com.my
 
Back
Top
Log in Register