eboss
CG Hardcore


- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
WASHINGTON - Seorang pemuda berumur 22 tahun, Tyler Bradt mencipta rekod dunia apabila dia terjun dengan kayak dari air terjun setinggi 56.69 meter di sini, lapor sebuah akhbar semalam.
Dia terjun dalam tempoh 3.7 saat di Air Terjun Palouse, timur Washington sekali gus memecahkan rekodnya sendiri yang dibuatnya sebelum ini.
Sebelum ini dia membuat terjunan dari ketinggian 38.70 meter di Air Terjun Salto Bello di Brazil.
Faktor yang mendorong terjunan itu dibuat adalah kerana dia menganggap aksi tersebut boleh dilakukan.
"Saya mahu melakukannya. Saya berpendapat, saya boleh melakukannya.
"Ia merupakan satu risiko tetapi ia ialah hari yang mengagumkan buat diri saya," katanya.
Dia membuat persediaan dengan melawat Air Terjun Palouse beberapa kali bagi memastikan dirinya selamat ketika membuat terjunan. - Agensi