BTC USD 60,690.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pemuda cedera dipukul penyamun

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
KUANTAN: Seorang pemuda cedera di kepala akibat dipukul dengan kayu ketika bergelut dengan tiga penjenayah yang menyamun ibu bapanya di rumah mereka di Felda Jengka 5, Maran awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Maran Deputi Superintendan Sulaiman A Hamid berkata, mangsa yang baru balik dari memancing kira-kira jam 2.50 pagi terkejut apabila mendapati ibu bapanya serta tiga anggota keluarga yang lain telah diikat dan diawasi tiga lelaki bertopeng bersenjatakan parang dan kayu.


"Mangsa cuba melawan menyebabkan berlaku pergelutan antara mangsa dengan suspek yang kemudiannya mangsa telah dipukul," katanya.

Beliau berkata ketiga-tiga penjenayah kemudiannya melarikan diri dengan barangan samun iaitu dua bentuk cincin emas, empat buah telefon bimbit dan wang tunai RM40. - BERNAMA
 
Back
Top
Log in Register