ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Mohamad (empat, kanan) menyerahkan borang PBR kepada peniaga di Balairaya Taman Indah, Labis.
LABIS - Sebanyak 49 peratus daripada 750 ahli Persatuan Penjaja Kecil Melayu Negeri Johor (PPKMNJ) yang mendapat kemudahan Pinjaman Bazar Ramadhan (PBR) tahun lalu masih belum membuat sebarang bayaran balik melibatkan jumlah keseluruhan kira-kira RM1.02 juta.
Yang Dipertuanya, Datuk Mohamad Mahmud berkata, mereka yang gagal membuat bayaran balik bukan sahaja disenarai hitam malah tidak berpeluang menikmati kemudahan itu pada tahun ini.
"Mereka (peminjam) perlu tampil membuat bayaran bagi mengelakkan sebarang tindakan undang-undang diambil dan pada masa sama melayakkan mereka untuk mendapat kemudahan PBR tahun ini.
"Peminjam sepatutnya sedar sekiranya mereka tidak melunaskan pinjaman tersebut, mereka bukan sahaja memberi masalah kepada persatuan tetapi menghalang wang diagihkan sebagai bantuan kepada penjaja lain pada masa akan datang," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Penjaja Kecil Melayu Labis di Balairaya Taman Indah, di sini, semalam.
Menurutnya, pada tahun lalu, negeri Johor menerima peruntukan PBR sebanyak RM2.5 juta dan RM 1.9 juta bagi tujuan sama untuk diagihkan kepada penjaja kecil bazar Ramadhan yang layak pada tahun ini.
Katanya, PPKMNJ kini mempunyai seramai 12,800 ahli dan separuh daripada jumlah tersebut merupakan penjaja aktif yang menjadikan perniagaan secara kecil-kecilan sebagai punca utama pendapatan mereka menyara keluarga.
Beliau meminta semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini supaya menyediakan tempat yang lebih selesa kepada ahli terutama di kawasan bandar kerana ketika ini terdapat penjaja yang berniaga di lokasi yang kurang sesuai.
"PBT juga boleh menyediakan satu kawasan yang sesuai dan menyerahkan pengurusan tersebut kepada pihak persatuan di daerah bagi meringankan beban tugas mengurus selain dilihat mampu memberi peluang kepada persatuan mengisi wang tabung mereka.
"Persatuan dan ahli pula harus lebih bertanggungjawab dengan menjaga kebersihan persekitaran bagi menjamin keselesaan pengunjung sekiranya diberi peluang oleh PBT untuk menguruskan mana-mana kawasan yang sesuai untuk mereka menjalankan aktiviti perniagaan," katanya