balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
SHAH ALAM – Peminjam yang tidak membayar semula wang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) wajar disenaraikan dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS).
Presiden Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK), Mohamad Shafiq Kamaruddin berkata, tindakan mengenakan CCRIS akan memaksa mereka yang degil melunaskan pembayaran.
“Mereka perlu melihat kepada keperluan bagi membayar balik pinjaman selepas tarikh mereka bergraduasi kerana wang dibayar akan digunakan kembali untuk membiayai pelajar yang akan masuk belajar.
“Malah, kerana tindakan mereka ini menyebabkan pelajar yang akan mendaftar masuk belajar terpaksa berhadapan dengan pemotongan sebanyak 15 peratus wang pinjaman PTPTN,” katanya.
Menurutnya, kerajaan perlu memastikan peminjam menjelaskan pembayaran supaya tiada lagi pemotongan dana PTPTN dilakukan.
“Untuk masa dan waktu sekarang adalah wajar (disenaraikan dalam CCRIS). Dengan kos sara hidup yang meningkat dan pinjaman yang dipotong akan menyukarkan hidup mahasiswa baru,” katanya.
Sementara itu, Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia, Mohammad Fazril Mohd Saleh mahu kerajaan segera memikirkan mekanisme untuk beri pendidikan percuma kepada rakyat Malaysia.
Menurutnya, isu pembayaran PTPTN ini akan memberikan kesan kepada proses pembelajaran dan pengajaran pelajar.
“Ketika sedang dalam pengajian, sudah pun pelajar ini dibebankan dengan hutang dan ini akan memberikan kesan pada masa depan pelajar.
“Ini bukan hanya isu pinjam dan bayar. Ini isu tentang keupayaan siswazah mendapat pekerjaan selepas bergraduasi serta dalam konteks pendidikan yang akan melahirkan pelajar yang berjaya,” jelasnya.
Katanya, mahasiswa merupakan aset negara dan kerajaan seharusnya tidak kedekut meluangkan dana demi masa depan pendidikan negara.
sumber:http://www.sinarharian.com.my/nasional/peminjam-culas-wajar-kena-ccris-1.331928