HARIAN METRO : 200 kucing sertai MyCats’07
KUALA LUMPUR: Lebih 200 kucing daripada pelbagai baka bakal menyertai Pertunjukan Kucing Antarabangsa Malaysia 2007 (MyCats'07) yang diadakan di Pusat Pameran dan Konvensyen Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), Jalan Duta di sini.
Pertunjukan mulai 23 hingga 25 November ini turut menyaksikan penyertaan baka kucing dari beberapa negara seperti Amerika Syarikat, Russia, Latvia, Thailand, China, Hong Kong, Brunei dan Indonesia.
Acara itu anjuran bersama Persatuan Felin Malaysia (FSM) dan The Cat Fanciers' Association (CFA), turut mendapat sokongan Kementerian Pelancongan, Kementerian Wilayah Persekutuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Pengerusi Penganjur MyCats'07, Dr Moonyza Akmal Suwardi Yaacob, berkata pertunjukan itu akan turut membabitkan Pertandingan Kucing Terbaik, Program Ketrampilan Kanak-Kanak sebagai penjaga kucing dan Pertandingan Aksi Kucing.
"Ia pertunjukan terbesar di Asia dan dihakimi lapan juri yang didatangkan khas dari beberapa negara termasuk Amerika Syarikat.
"Antara baka kucing yang akan dipertontonkan Parsi, Eksotik, Sphynx, Siberia, British Shorthair, Birman, Ragdoll, Abyssinian, Somali dan Russian Blue," katanya, semalam.
Acara terbabit dinaungi isteri Menteri Wilayah Persekutuan, Datin Seri Siti Nooriah Ana Ab Razak.
Ni fee masuk utk 23-25 hb
ADULT : RM3
Children : RM1
School Children with uniform : FREE!
Kalu korang nak masuk free..pakai costume kucing..ahaks