BTC USD 84,118.6 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

^Peminat Tegar Kucing - Jom Sembang ^

Cat breeds impian anda?


  • Total voters
    702
39136054me2.jpg
 
Kucing belakang Rumah

Ini koleksi gambar kucing di belakang rumah saya.

Majoriti kucing terbiar datang mintak makan. Kucing orang lain tak tahu le tuan dia..asalkan nak makan datang umah. Tu pasal la mak saya marah..asalkan ada yang lalu semua saya bagi makan. Sampai ayam orang lain pun datang singgah. Biawak ader, monyet pun ada kat belakang umah, musang jgn cite la..siap buat akrobatik kat wayar lektrik. Macam zoo padahal saya tinggal kat Cheras...wakakaka. Murah rezeki ooo bagi makan...sebab tu kalau saya kesempitan wang, ada je jalan untuk tambah pendapatan. Allah Maha Pemurah.

K4.jpg


P1010166.jpg


P1010170.jpg


P1010181.jpg


P1010233.jpg


P1010250.jpg


kucing9.jpg


beauty.jpg


ayamdaa.jpg

kesian kat ayam ni...dia pun nak bergambo :eek:
 
Kisah Dari Tanah Suci: Berkat sayang, muliakan kucing​



Kisah ini mengenai seorang wanita Muslimah Melayu berasal dari Perak yang menunaikan haji kira-kira enam tahun lalu.

Wanita ini kerana sudah tua dan uzur, lutut pun lemah dan sentiasa sakit, menggunakan kerusi roda semasa tawaf dan saie. Dia mengupah petugas Arab menolaknya, tujuh kali pusingan tawaf dan tujuh kali berulang alik antara Bukit Safa dan Marwah.

Beliau menunaikan tawaf rukun dan saie saja. Yang sunat tak mampu kerana uzur. Lagi pun wangnya hanya cukup-cukup saja.

Namun, ada satu amalan mulia dimiliki Muslimah ini. Yakni mencontohi sunnah Nabi s.a.w., mengasihani dan menyayangi kucing di desanya.

Dia amat suka memelihara kucing. Di rumahnya banyak kucing. Dia melayan makan dan minum kucing. Dia pungut kucing yang dibuang orang, diberikan makan dan minum, dirawat dan dimandikan dengan sabun wangi.

Walaupun banyak kucing jalanan itu lemah, sakit, kurus kering atau lumpuh, tetap diambilnya untuk dirawat di rumahnya. Ada yang berkudis dan sakit serius. Pendeknya rumahnya menjadi pusat kucing kurap.

Maka terkenallah rumahnya jadi pusat rawatan kucing. Mana-mana kucing yang mati dikuburkan di kebunnya. Demikian begitu kasih Muslimah ini kepada makhluk Allah yang lemah lembut itu.

Justeru, ada kucing-kucing peliharaannya manja, gemuk dan sihat, serta cantik-cantik belaka, berkat khidmatnya, yang ikhlas.

Tahun itu beliau berangkat, menunaikan haji dengan menggunakan perkhidmatan Tabung Haji. Gembira dan sayu nian kalbunya, kerana hajatnya untuk ke Tanah Suci, solat di Masjidilharam dan melihat Baitullah di depan mata sudah terkabul sudah.

Ingin di hatinya untuk tawaf banyak-banyak seperti orang muda dan sihat. Tetapi apakan daya, lututnya sakit manakala badan uzur. Setelah solat fardu sentiasalah beliau memanjatkan doa dan pertolongan Allah, agar hajatnya dimakbulkan.

Pada suatu hari, semasa hendak pergi solat di Masjidilharam dengan keadaan bertongkat, beliau terjumpa seekor kucing yang kurus, comot, lemah dan lapar.

Apabila kucing itu hendak bangun berjalan, ia jatuh berkali-kali. Kasihan nian wanita tua itu melihat makhluk Allah itu menderita dan sengsara di kota suci Makkah.

Lantas diambilnya kucing itu, diurutnya tubuhnya yang lemah itu. Dibelikan sebungkus nasi berlauk dan diberikan minum air zam-zam yang murni.

Dengan takdir Allah, kucing itu pulih dan sihat. Kucing itu telah menggesel kaki Muslimah tadi, lalu menjilat kedua-kedua tapak kakinya. Ajaib sungguh, kaki dan lututnya yang sakit tadi, tiba-tiba menjadi sihat dan kuat, seperti orang muda.

Muslimah tua tadi dapat tawaf sebanyak-banyaknya, ikut suka hatinya. Tertunailah hajat yang terbuku di hatinya selama ini, berkat menolong seekor kucing di Makkah yang mulia itu..

Setelah tawaf wida (selamat tinggal) dan menziarahi Masjid Nabawi, hajah yang solihah tadi berserta rombongannya bersiaplah untuk pulang ke Malaysia.

Sewaktu hendak menaiki tangga pesawat di Jeddah, Muslimah tua tadi terlopong melihat seekor kucing yang mirip kucing yang ditolongnya sewaktu di Makkah dulu.

Kucing itu duduk di sisi tangga pesawat itu sambil matanya merenung sayu padanya. Apabila Muslimah tadi sampai ke anak tangga teratas, kucing tadi ghaiblah daripada pandangannya.

Demikianlah ganjaran dan berkat orang yang mengasihi kucing, seperti Nabi kita s.a.w. mengasihinya di dunia ini, lebih-lebih besarlah pahala menunggunya di alam akhirat nanti. Amin.
 
Nemo ni pagi2 dah wat org sedey :((

jgn nangis...orang yg shuker kucing ni jiwanya mmg sensitif:)paid


kucing pic no 6 dari atas...comey ar..mostly DSH:)paid
 
jgn nangis...orang yg shuker kucing ni jiwanya mmg sensitif:)paid


kucing pic no 6 dari atas...comey ar..mostly DSH:)paid

ye memang lawa...tapi sampai satu masa...semua kucing tu hilang satu2...sama ada teruskan perjalanan or org sebelah rumah tu pi buang kucing :mad:
 
mana meow2 sekalian
 
Ini koleksi gambar kucing di belakang rumah saya.

Majoriti kucing terbiar datang mintak makan. Kucing orang lain tak tahu le tuan dia..asalkan nak makan datang umah. Tu pasal la mak saya marah..asalkan ada yang lalu semua saya bagi makan. Sampai ayam orang lain pun datang singgah. Biawak ader, monyet pun ada kat belakang umah, musang jgn cite la..siap buat akrobatik kat wayar lektrik. Macam zoo padahal saya tinggal kat Cheras...wakakaka. Murah rezeki ooo bagi makan...sebab tu kalau saya kesempitan wang, ada je jalan untuk tambah pendapatan. Allah Maha Pemurah.


ayamdaa.jpg

kesian kat ayam ni...dia pun nak bergambo :eek:

ayam siap angkat kaki tu time amik gambor.. fotogenik gak.. eh jom wat thread ayam lak..ekekek..
 
Back
Top
Log in Register