BTC USD 63,156.4 Gold USD 4,445.11
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Peminat Marrybrown @ CG

marry Brown punya ayam ori boleh tahan sedap gak.
 
Keje apa kat Dubai?

Bape lama?

Takde menu lain ke?
2 bulan je bro .
keje setup F&B outlet kat dlm Atlantis Palm Jumairah .. setup betul² tgh² water park yg mcm Sunway lagoon tu ..

menu kalo kat luar banyak roti je ... aku masa tu duduk hotel area Deira .. susah nk cari nasik

dalam Atlantis staff kafeteria dia banyak pilihan la .. buffet 6-8 negara .. mcm mkn buffet kat hotel mesia dah .. free utk staff ..
 
2 bulan je bro .
keje setup F&B outlet kat dlm Atlantis Palm Jumairah .. setup betul² tgh² water park yg mcm Sunway lagoon tu ..

menu kalo kat luar banyak roti je ... aku masa tu duduk hotel area Deira .. susah nk cari nasik

dalam Atlantis staff kafeteria dia banyak pilihan la .. buffet 6-8 negara .. mcm mkn buffet kat hotel mesia dah .. free utk staff ..

Bestnya.

Cuaca camana?

Panas teruk?

Tak sempat nak melancong?

Skydive 🤭
 
Bestnya.

Cuaca camana?

Panas teruk?

Tak sempat nak melancong?

Skydive 🤭
masa pe pegi cuaca panas dan kering ..
ramai org mandi pakai bikini ..
life guard pompuan negro pun berbikini

sempat la melancong sekali ..tapi xde la nak try Skydive ke skating ke . . just lepak2 jalan2
cukup la dok kat Atlantis tu pun dah mewah makan & cuci mata
 
masa pe pegi cuaca panas dan kering ..
ramai org mandi pakai bikini ..
life guard pompuan negro pun berbikini

sempat la melancong sekali ..tapi xde la nak try Skydive ke skating ke . . just lepak2 jalan2
cukup la dok kat Atlantis tu pun dah mewah makan & cuci mata

Kan?

Rezeki wei company hantar sana.

Aku sempat company hantar bercuti jer.

Sabah :ROFLMAO:

Resort kat Kota Kinabalu tu.

Shang Ri La kot.
 

Prestasi Marrybrown dijangka kukuh tahun depan​

WhatsApp-Image-2022-10-10-at-3.09.47-PM.jpeg



Marrybrown Masjid Tanah merupakan cawangan ketujuh yang dibuka di Melaka. - UTUSAN/MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI



ALOR GAJAH: Pengendali rangkaian restoran makanan segera, Marrybrown Sdn. Bhd. (Marrybrown) optimis prestasi syarikat itu terus kukuh tahun hadapan, disebalik jangkaan berlaku kelembapan ekonomi dunia.

Pengasas dan Pengarah Urusannya, Datin Nancy Liew berkata, sektor makanan dan minuman (F&B) tidak banyak menghadapi masalah seperti industri lain kerana ia merupakan keperluan asas yang mesti dipenuhi, walaupun ketika berdepan krisis ekonomi.

Jelas beliau, kejayaan sesebuah restoran itu bergantung kepada penawaran harga yang munasabah dan berpatutan kerana kehendak pelanggan adalah terhadap sesuatu yang berbaloi mengikut kuasa beli semasa.

“Situasi ini sama seperti ketika pandemik yang mana banyak perniagaan lain menghadapi masalah tetapi industri F&B terus berdaya tahan kerana pelanggan tetap mencari sesuatu untuk dimakan. Bezanya adalah di restoran mana dan julat harga yang boleh diterima.

“Saya tidak bimbang dengan perniagaan ini walaupun inflasi sudah berlaku dan kemelesetan yang semakin hampir. Bagaimanapun, kami tetap perlu bekerja keras untuk mengekalkan harga dan mencipta pelbagai tawaran baharu kepada pelanggan.

“Sentiasa beri apa yang pelanggan mahu seperti menu dan perkhidmatan yang terbaik. Jika ini boleh buat pelanggan gembira, saya yakin Marrybrown akan terus berada di landasan terbaik,” katanya ketika ditemui pada Majlis Perasmian Marrybrown Cawangan Masjid Tanah di sini.

Sementara itu, mengenai pembukaan cawangan baharu, Nancy memberitahu, Marrybrown akan membuka beberapa restoran dalam masa terdekat menjadikan keseluruhan cawangan yang dibuka pada tahun ini melebihi 40 buah.

Katanya, jumlah itu jauh mengatasi sasaran awal iaitu sebanyak 30 restoran setahun.

“Dua lagi restoran Marrybrown di Melaka akan dibuka pada November dan Disember di Alor Gajah dan Krubong. Pertambahan itu menjadikan keseluruhan cawangan Marrybrown di negeri ini berjumlah sembilan buah.

“Lokasi lain adalah di Johor Bahru, Johor, Kelantan dan Terengganu. Kebanyakan restoran baharu yang dibuka tertumpu di sekitar Lembah Klang,” ujarnya.

Marrybrown merupakan jenama tempatan yang mengendalikan lebih 500 cawangan restoran di 16 buah negara seperti Singapura, Thailand, Brunei, India, China, Afrika, Asia Barat dan Sweden.
 
Kan?

Rezeki wei company hantar sana.

Aku sempat company hantar bercuti jer.

Sabah :ROFLMAO:

Resort kat Kota Kinabalu tu.

Shang Ri La kot.
masa aku pegi tu ada la staff² pinoy sana dok usha & try aku ... lawa² pinoy sana ... tapi tu la .. yg bukak franchise sana org warak ... walaupun aku dok hotel sorang² .. tak berani nk bawak pinoy .. geram je tgok dorang tergedik²
 
Back
Top
Log in Register