BTC USD 81,498.5 Gold USD 4,139.59
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Santai Peminat kopi

Bialetti Moka Express 3 cups.

Ramai yg memulakan langkah mencari kopi pekat seakan espresso dengan Mokapot.

Tapi ramai yang kecewa bilamana kopi yang diseduh terlalu pahit (over extracted) dan cair (too diluted).

Tahukah mengkome yang dengan Mokapot pun sebenarnye korang boleh seduh dengan kiraan resepi yang mengurangkan risiko kopi terlebih ekstraksi.

Basket yang sama, akan memerlukan volume kopi yang berbeza bergantung kepada jenis dan panggangan.

Contoh, sekiranya basket diisi penuh dengan kopi yang dipanggang gelap pastinya lebih ringan timbangan berbanding kopi dipanggang terang. Sebab kadar kelembapan kopi terang lebih tinggi berbanding kopi panggang hitam. Jelas?

Okey. Jadi apa yang perlu dibuat adelah timbang utk kali pertama setiap kali bertukar jenis kopi. Ini penting untuk kita estimate berapa 'yield' kopi yang kita perlu nanti.

Contoh kopi Ethiopia Guji Hadesso dipanggang medium yg saya guna, memenuhi basket Mokapot 3 cups dengan berat 20g. Kalau sy guna kopi khas espresso mungkin berat basket dalam 17-18g.

Kalau ikut ratio asal Mokapot, 1 cup menghasilkan sekitar 40-50ml. Jadi 3 cups mokapot ni sepatutnya menghasilkan sekitar 120-150ml seduhan.

Maka untuk elak over esktraksi, kita letak 'target' yield instead of membiarkan mokapot decide tiap kali. Kita yang pilih target yield.

So caranya mudah. Letak pot atas penimbang dan tuang air mengisi ruang atas pot. Contohnya 100ml. Dan lihat dimana level airnya disaat berat tuangan air 100ml. Tak perlu buat tanda, cukup sekadar ingat dengan mata. Biasanya sy letakkan 'eyeballing' level pada titik mulanya muncung tuangan mokapot sebagai '50ml mark'.

Jadinya dengan kopi Guji yang menggunakan 20g, sy ingin hasilkan kopi dengan ratio 1:4. Maka target yield kita adelah 80ml. Untuk lebih accurate, boleh ulang langkah melihat level air tadi dimana takatnya 80ml.

20g in : 80ml out.

Macam biase. Penuhkan basket dengan ground. Tap jangan tamp. Tuang air panas dibawah paras safety valve. Pasang ketatkan dan letak pada sebarang sumber haba yang korang ada. Guna api/suhu sederhana.

Okey now part paling penting. 'LISTEN' bunyi kopi. Seduh dengan cara mendengar aktiviti kopi. Api tak boleh terlalu besar sebab nanti bila terlalu laju air yang naik akan menyebabkan channeling. Apa yg terjadi?

Channeling ni bilamana pressure naik terlalu mendadak dan menolak air secara paksa dan terkejut lalu dia mencari laluan mudah untuk naik. Maka akan ada bahagian yang tak terekstrak. End up air yang naik jadi seakan cerah dengan terlalu cepat.

Seduhan Mokapot tak semacam mesin espresso yang tekan 20-30 saat. Sebab size kisaran kopi mokapot tak sehalus espresso. Jadinya mokapot perlukan masa untuk esktrak.

Api sederhana. Korang boleh dengar bunyi air naik ni sebenarnya. Ade beza bunyi air naik mengejut dengan air naik perlahan. (Kena ulang² dan practice mendengar bunyi air naik nj). Saat kopi keluar je dari corong terus alihkan. Dan biar dia esktrak perlahan. Kawal esktraksi dengan cara mengawal sumber haba yg dikenakan. Sekiranya terlaluu perlahan boleh panaskan semula dalam 1-3 saat dan alihkan. Panaskan dan alihkan. Sambil tu jgn lupa 'eyeballing' target yield.

Dan bilamana level kopi yang naik mencapai target yg dikehendaki, samada tuang terus ke cawan atau boleh juga sejukkan mokapot untuk hentikan proses seduhan. Sy lebih prefer terus tuang. Siap. Biarkan sejuk seketika sebelum boleh dinikmati.

Kesilapan kebanyakan pengguna mokapot yang baru adelah membiarkan sehingga air dari bawah naik sampai habis baru nak tutup api. Sampai merecik recik. Sampai menggelegak kopi kat atas. Sebab tu kopinya pahit perit.

Tak perlu tunggu air naik sampai kering. Dan jangan risaukan sangat kenapa kopi korang takde buih takde krema. Yang penting rasa hasil seduhan. Berbuih banyak tak bermakna kopi tu sedap. Takde buih bukanlah maksud kopi tu tak jadi. Hirup dan nilaikan sendiri.

So takat ini sahaja perkongsian harini. Insyaallah ada masa nanti sy keluarkan video lengkap agar lebih mudah difahami. Buat masa ni korang baca je lah dulu dan hadam pelan pelan.

Sekian.

#seduhdirumah

Oh ya. Guna kod MASMENGOPI kalau korang berminat nak dapatkan Bialetti ni kat Bunamarket. Dpt 5% Diskaun. 👍🏻

Sila.

​
 
Oh lupa nak tanye
Sape tau pasal nitro brew?
Xpaham aku.

Nitro brew. Boleh dibuat dengan cream canister tapi kena guna gas yang betul. N2 dan bukan N20 atau Co2. Hanya rasa berkrim sedikit. Tiada perubahan besar. Botol kopi di tepi sebenarnya ice drip coffee yang disimpan di dalam.

​
 
Nitro brew. Boleh dibuat dengan cream canister tapi kena guna gas yang betul. N2 dan bukan N20 atau Co2. Hanya rasa berkrim sedikit. Tiada perubahan besar. Botol kopi di tepi sebenarnya ice drip coffee yang disimpan di dalam.

​

Ooo
brew guna tekanan nitro
 
Back
Top
Log in Register