jimie lee
Permanently Banned - Multiple ID

- Messages
- 5,244
- Joined
- Jul 1, 2011
- Messages
- 5,244
- Reaction score
- 839
- Points
- 111
Gerun dan takutnya kita bila kita dipimpin oleh pemimpin berwatak pengampu sepanjang hidupnya sekadar memuja, memuji dan mengipas ketua mereka.
Janganlah khianati amanah sebagai pemimpin, kerana mahu jadi YB sanggup menipu, merasuah, menyingkir bangsa sendiri, tetapi berbaik dengan warga asing dengan berikan warga asing hak mengundi melalui jangan yang berlawanan dengan Perlembagaan Negara dan menentang kuasa Yang di Pertuan Agong.
Pesanan Nabi SAW kepada seluruh pemimpin: “Khainat paling besar ialah bila seorang pemimpin/penguasa memperdagangkan rakyatnya’ (Maksud Hadith Riwayat At-Thabrani)
Jadi pemimpin yang berwatak dan berjiwa khianat ini mesti ditolak oleh rakyat. Memberi mereka ruang terlalu lama memimpin negeri dan Negara, akan mengakibatkan lebih banyak pengkhianatan mereka bakal lakukan.
Kerana pengkhianatan mereka memberikan warga asing hak warga Negara seperti mengundi banyak peluang rakyat Malaysia akan terhakis satu demi satu. Antaranya hak mengundi, hak menduduki tanah, hak perkampungan, hak perniagaan, hak pendidikan dan sebagainya.
Fikir-fikirlah apa akan terjadi 10, 20, 30 tahun akan dating. YB berasal dari warga asing, panglima tentera, ketua polis Negara, pegawai tinggi berasal dari warga asing, tauke, doctor, peguam, jurutera dan sebagainya adalah berasal dari warga asing yang diberi kad pengenalan palsu oleh para pemimpin umno/BN.
Para pemimpin umno/BN yang hidup mereka biasa menipu dan memanipulasi hak warganegara rakyat Malaysia untuk menang pilihanraya dan berkuasa. Sedar-sedarlah para pemimpin umno/BN, tipu daya kamu tidak selama-lama menjadi.
Kerana kami sebagai rakyat Malaysia yang cintakan Negara ini, sayangkan Raja Berpelembagaan, cintakan kebaikan, kebenaran, demokrasi, keselamatan, keamanan, kebajikan dan keselesaaa hidup, amat-amat tidak suka dengancara para pemimpin umno/BN menggunakan kuasa politik untuk menipu rakyat, mengkayakan anak bini dan kroni-kroni.
Pesanan Nabi SAW: “Sesungguhnya umatku tidak akan bersatu dalam kesesatan” (Maksud Hadith Riwayat Anas bin Malik)
Kami Sokong Pemimpin Yang Berjiwa Ikhlas
Kami sebagai rakyat Malaysia yang cintakan keadilan, demokrasi, kebebasan, kebaikan, keamanan, kebajikan, kebijaksanaan, amanah, ketelusan dan pemimpin yang berwibawa, bertaqwa, ikhlas dan tidak sombong. Kami dapat melihat nilai-nilai ini benar-benar ada kepada para pemimpin Pakatan Rakyat, PAS< PKR, DAP, PMS dan para penokong mereka dikalangan pimpinan NGO yang ikhlas, jujur dan berjati diri.
Dapat dilihat kejernihan jiwa pemimpin yang ikhlas, jujur, amanah dan bertaqwa pada MB Kelantan Tok Guru Nik Aziz, MB Selangor Khalid Ibrahim, KM Pulau Pinang Lim Guan Eng, MB Kedah Azizan Razak dan MB Perak dulu ketika PR berkuasa di Perak, Nizar Jamaludin. Kelihatan riak wajah kesungguhnan dan iltizam mereka untuk memimpin bukan mengampu.
Inilah pesan Nabi SAW kepada semua yang bergelar pemimpin:“Tidak beriman orang yang tidak amanah dan tidak beragama orang yang tidak menepati janji” (Mkasud Hadith Riwayat Ad-Dailami)
Para pemimpin umno/BN yang telah karam tenggelam dalam cinta kepada harta, kereta, kuasa, nama dan segala-gala, ingat-ingatlah pesanan Nabi SAW kepada kita umat yang beriman, pesanan Nabi SAW: “Cinta yang terlampau kepada harta dan kedudukan/pangkat adalah penghakis agama seseorang” (Maksud Hadith Riwayat At-Thusi)
Lagi Nabi SAW berpesan kepada seluruh pimpinan sama ada Pakatan Rakyat atau BN, jangan hanya petah dan lunak manis berbicara dengan lidah tak bertulang di atas pentas, terutama yang suka bercakap sorang-sorang kat TV tiap-tiap kali, tapi selepas itu dia buat lain dari yang diucapkan. Rujuklah ingatan Nabi SAW ini: “Akan dating sesudah aku kalangan pemimpin/umara’ yang memerintah kamu. Di atas mimbar/pentas mereka bercakap member nasihat dengan hikmah bijaksana, tetapi apabila mereka turun saja dari mimbar/pentas, lalu mereka melakukan tipu daya/mencuri. Hati mereka lebih busuk daripada bangkai” (Maksud Hadith Riwayat At-Thabrani)
Pemimpin bukan raja atau dewa. Pemimpin adalah khadam yang memberi khidmat. Tapi hari ini rata-rata watak pemimpin umno/BN kita lihat terbalik. Bila dah jadi YB mereka berubah watak seperti dewa yang mahu didewa-dewakan. Bila dating melawat kampong masya Allah, kalau boleh disembah seperti dewa.
Bila ada menteri umno/BN mahu lawat kawasan habis dan berhabisan lah jabatan kerajaan yang terlibat, kalau jalan itu 54 tahun lalu tidak diratakan atau belum diaspal, dua tiga bulan dicari duit untuk membaiki jalan itu, sebelum ini rakyat berpuluh tahun guna jalan yang sama, tak pernah dibaiki. Inilah watak pemimpin dewa.
Para pemimpin,sebagai contoh lihatlah watak kepimpinan Umar Al-Khattab RA yang sanggup meredah malam hari untuk mencari rakyat yang susah dan miskin. Hari ini boleh kita contohi MB Kelantan Tok Guru Nik Aziz yang sentiasa turun ke bawah mendekati rakyat dalam pelbagai program, walaupun usia beliau tidak mengizinkan, tetapi jiwa ikhlas dan watak pemimpin yang beliau miliki cukup hebat.
Kesan pesanan Nabi SAW benar-benar melekat pada jiwa Tok Guru: “Pemimpin suatu kaum itu adalah pelayan mereka” (Maksud Hadith Riwayat Abu Naim dan Ibnu Babawaih)
Pemimpin mutakhir dan akhir zaman sentiasa diperingatkan oleh Allah SWT di dalam Al Quran dan Hadith Rasulullah SAW. Juga para Ulama tidak jemu-jemu mengingatkan para pemimpin dalam banyak hal yang berikaitan dengan pemimpin dan kepimpinan.
Hari ini ramai pemimpin hidupnya sekadar nak jadi pemimpin segera. Lepas jadi YB lesap entah ke mana mereka. Lagi dahsyat bila dah jadi YB, sibok mereka sekadar menjenamakan diri mereka untuk terus Nampak gah, ternama, terkaya dan segala-gala. Di penghujung jenama yang konon gah, hebat itu mereka hanya nama tapi umpama bangkai busuk dan akhirnya menjadi pemimpin yang jahannam menjahannamkan seluruh system masyarakat, pengurusan negeri dan Negara.
Bukti Kejahatan UMNO/BN Terbongkar
Bukti satu demi satu dari perut bangkai busuk mereka seperti pemberian kad pengenalan palsu kepada warga asing di Sabah, di Selangor, Terengganu dan sebagainya kerana untuk menang dalam pilihanraya dan mengekal kuasa secara jahat, zalim dan jenayah terancang.
Kita tidak sekali-kali berniat menghina warga asing yang dating ke Negara ini. Tetapi bangsa kita sendiri yang mempunyai kuasa politik terutama para pemimpin umno/BN yang berhati kecil, berhati jahat dan busuk seperti bangkai busuk yang disebut Nabi SAW dalam sabdanya itu, sehingga para pemimpin umno/BN sedemikian lebih rela menjual maruah bangsa kepada bangsa asing dengan memperjudi keselamatan rakyat dan Negara secara cukup jahat memberikan hak wrganegara kepada bangsa asing secara jenayah.
Kalaupun benar kita bersimpati kepada warga asing, sewajarnya kita hanya berikan kemudahan untuk mereka mencari keperluan hidup, tetapi BUKAN memberikan mereka hak warganegara secara menjual maruah, keselamatan rakyat dan Negara melalui pemberian kad pengenalan supaya menjadi pengundi umno/BN dalam pilihanraya.
Menanglah umno/BN setiap kali pilihanraya di Negara ini. Tetapi menang mereka BUKAN KEMENANGAN SEBENAR, tetapi menang secara tipu dan menjual maruah dan keselamatan rakyat Negara ini kepada warga asing.
Menang dalam pilihanraya secara tipu, pasti akhirnya akan menghasilkan pemimpin yang tidak mempunyai jati diri bangsa yang berwibawa, malah mereka adalah pemimpin yang pengkhianat kepada bangsa, agama dan Negara.
Kita Hormati Warga Asing
Kan kita mempunyai dasar luar Negara yang baik. Kita juga ada Perlembagaan Negara dan akan undang-undang bagi menjaga kedaulatan rakyat dan Negara ini. Kenapa tetiba saja dengan mudah-mudah kita perjudikan semua ini demi nafsu jahat dan rakus sekadar mahu menang pilihanraya secara tidak bermaruah, bahkan menggadaikan bangsa, keselamatan rakyat dan Negara.
Kita hormati warga asing yang dating ke Negara kita untuk mencari penghidupan, sebagaimana rakyat Malaysia datang ke Negara mereka, bukan mudah untuk kita mendapat kerakyatan Negara mereka, sebagaimana pemimpin umno/BN berikan kerakyatan warga asing untuk mengundi umno/BN dalam setiap kali pilihanraya.
Kita harus ingat kedatangan warga asing ke Negara ini, adalah untuk mencari pekerjaan dan penghidupan. Kenapa pula para pemimpin umno/BN terhege-hege, teria-ia hendak berikan hak warganegara kepada mereka. Apakah perbuatan para pemimpin umno/BN mempergunakan kuasa mentadbir Negara ini dengan memperkuda seluruh jabatan atau agensi kerajaan untuk kepentingan politik sempit, jahat, rasuah dan rakus umno/BN semata-mata.
Kenapa Kita Jual Maruah dan Keselamatan Rakyat dan Negara
Kenapa para pemimpin umno/BN seolah-olah tidak mempercayai rakyat dan bangsa sendiri untuk memilih mereka, lalu mengemis kepada warga asing supaya mengundi mereka dalam setiap pilihanraya.
Sedarkah para pemimpin umno/BN akan bahayanya kepada survival dan maruah bangsa pada satu hari nanti. Ingat-ingatlah, bahawa akan dating akibatnya bangsa sendiri menjadi bangsa pelarian di kampong sendiri, jika perkara ini TIDAK DIHENTIKAN DARI SEKARANG.
Kami rakyat jelata melihat dari jauh dilorong gelap ini tentang kejahatan dan manipulasi/tipu daya sedang berlaku di kebanyakan Jabatan dan agensi kerajaa. Ya benar-benar jabatan/agensi diperkosa oleh umno/BN dalam melakukan pengkhianatan kepada agama, bangsa, rakyat dan Negara demi matlamat politik rakus, jahat dan jiwa hina para pemimpin umno/BN.
Antara jabatan dan agensi kerajaan yang dilihat benar-benar seperti markas atau pejabat umno/BN, seperti berikut:
1. JPM
2. SPR
3. JPN
4. PDRM
5. JASA
Daulatkan Institusi Negara
Para pegawai kerajaan dalam mana-mana agensi kerajaan harus menyedari kita bekerja untuk Negara, rakyat dan kerajaan yang ada. Bukan menjadi sebahagian dari parti yang berkuasa/memerintah. Apatah lagi setiap jabatan atau agensi kerajaan terikut dengan akta perkhidmatan, akta jabatan dan tertakluk dibawah Perlembagaan Negara, lagi besar kita semua tertakluk dibawah Perlembagaan Allah SWT Yang Maha Kuasa, Maha Perkasa dan Maha Mengetahui.
Dalam Negara demokrasi perbezaan sokongan politik dihalalkan. Dalam sebuah jabatan itu sendiri mempunyai pegawai-pegawai yang berbeza parti.
Jika semua boleh menerima nilai ini, tidak akan timbul diskriminasi dan pilih kasih. Tahap profesionalisme pegawai-pegawai kerajaan di Malaysia masih rendah, maka nilai-nilai bangsa bertamadun dan maju belum sepenuh diterima pakai. Lantaran kita masih berjiwa kecil, jiwa hamba dan tiada wibawa.
Bayangkan ada sebilangan pegawai sanggup membelakangkan akta dan peraturan kerana mengiyakan cakap orang politik yang jahil peraturan dan undang-undang. Kenapa pegawai yang berstatus tinggi dan berpendidikan tinggi TIDAK BERANI MENJELASKAN PERATURAN SEBENAR kepada orang politik yang bergelar YB atau menteri dan sebagainya.
Budaya yes men kepada yang salah terus-menerus menjadi amalan yang merugikan kita semua. Pada hal kita ada Majlis Raja-Raja, Parlimen, DUN, kementerian, jabatan, university dan sebagainya. Institusi ini wajar diperkasakan untuk membina tamadun bangsa yang berjiwa hebat. Bukan pejabat umno/BN di PWTC itu menjadi pengubal dasar Negara dan rakyat.
Kita terima kerajaan secara kebetulan diperintah oleh umno/BN. Tetapi bila bab pengurusan Negara dan rakyat dasar-dasar itu mesti dibawa ke Parlimen atau DUN.
Di sinilah rakyat mesti dijelaskan, bahawa untuk mentadbir negeri atau Negara, mesti melalui salurannya.
Urusan parti hendaklah diuruskan di pejabat parti masing-masing. Jangan dibawa ke dalam pejabat atau jabatan tempat kita bertugas. Bayangkan membuat poster dan apa jua berkaitan parti dibuat dalam pejabat.
Kita perlu berjiwa amanah, ikhlas dan berjiwa besar untuk menjadi bangsa yang hebat dan bertamadun. Bangsa yang hebat adalah bangsa yang bertamadun. Bangsa yang bertamadun itu adalah bangsa yang sentiasa mendaulatkan keadilan, kebenaran, keilmuan, kemanusiaan, keamanan dan tidak bersikap zalim kepada orang lain.
Kita Hormati Semua Orang
Tetapi bila kita sendiri bekerja siang malam untuk memusnahkan dan menghancurkan segala kelebihan, kemuliaan, hak-hak dan maruah serta keselamatan rakyat dan Negara
Kita tidak menghargai rahmat dan nikmat kemerdekaan dan kekayaan yang kita miliki anugerah Allah. Lalu kita serah kepada warga asing tadi untuk mengundi memilih pemimpin. Kita seperti menghina diri sendiri. Inilah yang dilakukan oleh umno/BN memberikan hak mengundi kepada warga asing melalui rancangan jahat dalam SPR dan JPN, juga lain-lain agensi yang tidak berfikir sebagai bangsa yang hebat dan merdeka.
Ya, kita mengalu-alukan saudara-saudara kita dari Negara lain atau Negara jiran ke sini dalam lingkungan yang dibenarkan oleh undang-undang dan Perlembagaan Negara, sebagaimana kita dating ke Negara mereka atau Negara lain di dunia.
Amerika, Singapura, Arab Saudi memberikan kerakyatan kepada warga asing juga, tetapi tidaklah sampai ke tahap yang boleh mengancam hak-hak warganegara sendiri, malah tidak diberikan secara borong atau suka-suka. Sebaliknya dinilai dan diteliti dengan ketat.
Di Malaysia, berbeza kewarganegaraan diberikan kerana mencari untuk politik sempit umno/BN, tidak diteiti dan ditapis dengan baik dan ketat.
Sekadar cetusan dan lontaran kebimbangan penulis terhadap situasi politik kita hari ini.
IbnuSabah