BTC USD 76,311.8 Gold USD 4,324.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pemilik JDT Intai Peluang Beli Kelab Bola Sepak Jepun

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,559
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,559
Reaction score
7,740
Points
916
Tunku Mahkota Johor (TMJ), DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim merangkap pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT) berkemungkinan besar terlibat dengan kancah bola sepak di negara matahari terbit iaitu Jepun. Perkembangan ini hadir selepas TMJ telah mengadakan pertemuan dengan wakil J.League – penganjur saingan bola sepak domestik di Jepun – di ibu negara berkenaan pada hari ini. Pertemuan itu membincangkan kemungkinan untuk TMJ melabur dan membeli saham kelab-kelab di Jepun. Pada masa yang sama, usaha itu bertujuan untuk mengembangkan jenama JDT ke rantau asia timur serta menarik syarikat-syarikat besar Jepun untuk melabur di Johor.

Antara wakil J.League yang bertemu dengan TMJ adalah Pegawai Eksekutif Korporat (Perniagaan Korporat), Tetsuya Adia dan Pengurus Besar J.League, Takeyuki Oya. Usaha TMJ untuk mengintai peluang terlibat dalam kelab bola sepak di luar negara bukanlah sesuatu yang baharu. Beberapa tahun yang lalu, TMJ pernah menyuarakan hasrat mempertimbangkan untuk membeli dan memegang saham kelab-kelab elit di eropah walaupun dengan jumlah yang kecil.

Antara kelab yang dikaitkan pada ketika itu ialah Valencia (La Liga, Sepanyol), AC Milan (Serie A, Itali) dan Manchester United (Liga Perdanan Inggeris, England).

 
Back
Top
Log in Register