BTC USD 62,450.4 Gold USD 4,511.63
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pemilik BMW keliru plat

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg

IPOH - Seorang pemilik salun keliru apabila tidak dapat memperbaharui cukai jalan kereta BMW miliknya gara-gara wujud sebuah lagi kereta yang mempunyai spesifikasi sama yang didakwa berada di Selangor.

Mangsa, Khoo Lai Fun, 35, hanya mengetahui perkara tersebut ketika hendak memperbaharui cukai jalan di pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak pada jam 2 petang Selasa lalu.

Menurutnya, kereta model BMW berwarna hitam bernombor pendaftaran AGK 2666 dibeli dari pusat jualan kenderaan terpakai pada 2008 itu tidak mempunyai sebarang masalah sehingga kelmarin.

“Sewaktu ingin memperbaharui cukai jalan, kakitangan JPJ bertugas memberitahu nombor pendaftaran kereta saya didaftarkan di JPJ Perak dan Selangor pada 2010.

“Saya pelik dengan maklumat diberikan berikutan kereta ini dibeli dan digunakan sejak 2008 tanpa sebarang masalah.
“Malah sebelum ini saya tidak menghadapi sebarang masalah untuk memperbaharui cukai jalan sejak 2008 hingga 2012,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Lai Fun berasa hairan apabila kakitangan JPJ memberitahu kereta kedua itu mempunyai nombor plat pendaftaran dan casis enjin yang sama dengan miliknya.

“Akibatnya, saya tidak dapat menggunakan kenderaan tersebut kerana gagal memperbaharui cukai jalan,” katanya yang membuat laporan polis di Balai Polis Bercham, pada hari yang sama.

Sementara itu, Ketua Biro Pengaduan MCA dan Barisan Nasional (BN) Perak, Datuk Lee Kon Yin berkata, perkara tersebut tidak seharusnya berlaku memandangkan JPJ sudah menggunakan sistem komputer untuk menyimpan segala data.

Berikutan itu, beliau meminta supaya pihak Jabatan Siasatan Jenayah Komersial menyiasat perkara berkenaan kerana dikhuatiri berunsurkan jenayah.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/pemilik-bmw-keliru-plat-1.151396
 
Last edited:
dah kenal dah,kereta piang dr luar ni.3 kereta pakai satu no plate
 
hahaha,org dlm punya keje gak ni..:D
kantoi plak.

ye msti ada plibatan keje org dlm sbb boleh kuarkan geran klon. ni salah satu kaedah yg digunapakai sstgh seller kete temasek buat utk jadikan kete tu legal utk digunakan di malaysia.
 
ye bro masalah sistem.masalah sistem under table cari makan.:eek::eek:
 
Back
Top
Log in Register