TT
CG Super Hardcore Club

- Messages
- 166,601
- Joined
- Jan 13, 2009
- Messages
- 166,601
- Reaction score
- 22,873
- Points
- 1,831
Parit Buntar: Dengar saja perkataan ‘kerang bulu’ pasti ramai yang geli geleman serta terbayang rupa bentuknya yang berlainan daripada kerang biasa.
Bentuk, saiz serta fizikalnya yang mempunyai rambut halus di seluruh cengkerang membuatkan spesies laut ini kurang sambutan.
Isinya yang sedikit liat berbanding kerang biasa juga faktor tidak ramai yang menggemarinya.
Namun begitu, di sekitar daerah Kerian terutama di Bagan Tiang, Tanjung Piandang dan Kuala Kurau, permintaan terhadap kerang ini masih menggalakkan terutama sekali apabila tiba Ramadan sehingga menyebabkan ramai nelayan di sini menjadikan kawasan pesisir laut sebagai lubuk rezeki mereka.
Foto
KAMARUDDIN menaikkan hasil tangkapan menggunakan tangguk.
Di Bagan Tiang, seorang pencari siput dan kerang tradisional mampu memperolehi hasil lumayan dengan menjual siput dan kerang.
Kamaruddin Sulaiman, 44, antara seorang dari ratusan nelayan di situ yang sanggup menggadai nyawa dengan cara menyelam untuk menangguk siput serta kerang termasuk kerang bulu sebagai sumber pendapatan utama.
Menurutnya, untuk mendapatkan spesies siput dikenali siput bayam dan kerang bulu yang hidup di dalam tanah di dasar laut, nelayan perlu menyelam ke dasar sedalam antara dua hingga tujuh meter untuk menangkapnya.
“Siput dan kerang ini biasa hidup berdekatan dan selalunya apabila ditangkap, kedua-duanya berada di dalam tangguk.
“Jika kena pada musimnya sekali tangguk saja kita mampu memperoleh lebih dua kilogram siput bayam bercampur kerang bulu, namun kerja sebegini memerlukan kemahiran serta kawalan pernafasan untuk menyelam ke dasar laut tanpa menggunakan sebarang alat bantuan pernafasan,” katanya.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Pemburukerangbulu/Article/index_html