BTC USD 63,539.1 Gold USD 4,480.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pembelian online ternyata mudah

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
ne_08.1.jpg

ABU BAKAR menunjukkan minyak pelincir BuraqLube Semi Synthetic yang dibelinya melalui tempahan online ketika ditemui di rumahnya di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur baru-baru ini.

KUALA LUMPUR - Pembelian produk minyak pelincir terbaharu di pasaran, BuraqLube Semi Synthetic melalui online ternyata lebih mudah, menjimatkan masa dan kos.

Perkara itu diakui sendiri oleh seorang pelanggan, Abu Bakar Abdullah, 66, dari Bandar Tun Razak di sini yang menempah dua botol produk tersebut pada Jumaat minggu lalu.

Abu Bakar berkata, dia tidak mempunyai sebarang masalah sepanjang membuat urusan tempahan produk berkenaan melalui online kerana selepas tiga hari tempahan dibuat, produk itu tiba di rumahnya.

Menurutnya, lebih menarik apabila produk tersebut dihantar kepadanya dalam pek istimewa yang sesuai untuk dijadikan sebagai hadiah.

"Saya mengetahui mengenai minyak pelincir BuraqLube Semi Synthetic menerusi laporan akhbar Kosmo! dan saya tertarik dengan produk ini kerana ia dihasilkan menggunakan teknologi tinggi yang mampu melindungi enjin kereta.

"Saya tidak ambil masa lama untuk mendapatkan produk ini dan online merupakan cara terbaik bagi pembeli di ibu kota yang berada jauh dari stesen minyak BuraqOil yang ada di luar bandar," katanya ketika ditemui di rumahnya di Bandar Tun Razak di sini baru-baru ini.
 
Back
Top
Log in Register