BTC USD 61,879.1 Gold USD 4,406.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pembedahan pertama janin

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
BARCELONA 14 Mac - Sepasukan doktor dari Hospital Clinic dan Hospital Joan de Deu di sini, mencipta sejarah apabila berjaya melakukan pembedahan sulung terhadap janin yang mengalami masalah tiub bronkiol tersumbat.

Pembedahan tersebut dilakukan dengan cara endoskopi melalui mulut janin bagi membersihkan bronkus kanan, iaitu tiub udara dari trakea ke paru-paru sebelum menyambungkannya dengan saluran udara bahagian tengah.

"Ini merupakan pembedahan pertama yang berjaya dilakukan dalam sejarah perubatan dunia moden," kata Ketua Jabatan Perubatan Perbidanan dan Janin Hospital Clinic, Eduard Gratacos.

Menurutnya, ia merupakan pembedahan berisiko kerana dilakukan pada bahagian tisu nipis yang terletak berdekatan jantung.

"Tanpa terapi khusus, bayi tersebut tidak boleh hidup," katanya.


sumber:http://www.utusan.com.my/utusan/inf...=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_04.htm
 
perghhh hebat tul teknologi skang ni..
 
hebat..klu blh tgk video dia lg best..
 
tgk, org yg janin nye x sehat pun sebok nk rawat,
kt sini siap buang2 lg
 
Back
Top
Log in Register