BTC USD 84,806.3 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pembedahan A

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

A'ariz (tengah) ditemani bapanya, Mohd Zamani Mohd Azizan (kiri) ketika menunggu doktor beberapa hari lalu.​

ALOR SETAR - Pembedahan bayi tanpa hempedu, Muhammad A'ariz Daniel Mohd Daniel, 2, yang dijadualkan berlangsung pada hari ini terpaksa ditangguhkan ke tarikh lain.

Ibunya, Safinatul Hayah Abdullah Sani, 38, berkata, tarikh pembedahan anak lelaki mereka ditentukan pada jam 8 pagi waktu India bersamaan 10.30 pagi di Malaysia.

"A'ariz sepatutnya dibedah mengikut jadual berkenaan melalui satu mesyuarat diputuskan sebelum ini. Bagaimanapun, kini ia terpaksa ditangguhkan.

"Kami menerima perkhabaran kurang menyenangkan dari doktor merawat A'ariz. Difahamkan, ada jangkitan kuman dalam urinnya," katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, doktor perlu memasukkan antibiotik dahulu untuk menghilangkan jangkitan kuman bagi mengelakkan ia merebak ke dalam darah sekiranya pembedahan diteruskan.

Menurutnya, pembedahan anak tunggal mereka mungkin akan ditunda pada Selasa depan kerana doktor perlu memasukkan antibiotik antara tiga hingga empat hari.

Safinatul berkata, mereka mengharapkan rakyat Malaysia mendoakan pembedahan A'ariz berjaya, malah mereka berdua selamat dan sembuh secepat mungkin.

"Rasa sebak berbicara bab ini. Kami jauh dari keluarga dan tanah air sendiri. Jadi, akak harapkan keikhlasan doa dari rakyat Malaysia untuk kami mengharungi pembedahan nanti," katanya.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan A'ariz yang menghidap atresia biliary selamat tiba di Sir Gangga Ram, New Delhi, India untuk pembedahan bersama ibu bapanya.

Penyakit kegagalan fungsi hati A'ariz dikesan ketika dia baru berusia dua bulan, sehingga satu pembedahan membuang hempedunya terpaksa dilakukan.

Selepas kisah A'ariz terpapar di dada akhbar, keluarganya akhirnya dapat mengumpulkan kos pembedahan RM200,000 untuk menampung pembedahan anak mereka.
 
Back
Top
Log in Register