BTC USD 75,703.4 Gold USD 4,329.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pembantu Rumah Dipenjara Empat Tahun Abai Kanak-kanak Di Kolam Renang Hingga Lemas

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,127
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,127
Reaction score
346
Points
141

Pembantu Rumah Dipenjara Empat Tahun Abai Kanak-kanak Di Kolam Renang Hingga Lemas​

578770c10862575e7abd66e753ebf19e6a758f61396fb

Pembantu rumah warga Indonesia Wahyuni Tanjung, 44, dipenjara empat tahun oleh Mahkamah Sesyen hari ini selepas mengaku bersalah mengabaikan seorang kanak-kanak lelaki sehingga menyebabkan kematiannya di kolam renang dewasa, bulan lepas.

Hakim Suhaila Haron menjatuhkan hukuman itu terhadap Wahyuni dan memerintahkannya menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh tangkapnya pada 29 Julai lepas.

-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Seorang pembantu rumah warga Indonesia dipenjara empat tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah mengabaikan seorang kanak-kanak lelaki sehingga menyebabkan kematiannya di kolam renang dewasa, bulan lepas.

Hakim Suhaila Haron menjatuhkan hukuman itu terhadap Wahyuni Tanjung, 44, dan memerintahkan wanita itu menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh tangkap pada 29 Julai lepas.

Mengikut pertuduhan, Wahyuni sebagai orang yang mempunyai hubungan pemeliharaan kepada seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun tiga bulan melakukan pengabaian terhadap kanak-kanak itu sehingga menyebabkan kematiannya.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di kolam renang dewasa sebuah residensi di Sentul, di sini, antara 6 dan 7 petang pada 28 Julai lepas dan pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara boleh sampai 20 tahun atau kedua-duanya.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian, ibu mangsa meminta tertuduh yang merupakan pembantu rumahnya membawa mangsa bersama abangnya berusia lima tahun mandi di kolam renang di residensi berkenaan.

Kira-kira 7 malam, tertuduh menghubungi ibu mangsa dan memaklumkan kanak-kanak itu lemas sebelum diberikan bantuan pernafasan (CPR) oleh orang awam.

Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Selayang dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), namun disahkan meninggal dunia pada 4 pagi keesokan harinya.

Bedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Kuala Lumpur mendapati punca kematian adalah konsisten dengan lemas.

Hasil siasatan mendapati tertuduh yang baru sebulan bekerja didakwa membawa mangsa dan abangnya ke kolam renang dewasa tanpa sebarang alat bantuan renang atau pelampung walaupun mengetahui kedua-duanya tidak boleh berenang, selain meninggalkan kedua-dua kanak-kanak itu tanpa pengawasan apabila dia pergi ke bilik air.

 
Back
Top
Log in Register