BTC USD 63,043.1 Gold USD 4,448.62
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Info Pembantu Perangkaan Gred E19

muorian

Active+ Member
Messages
3,910
Joined
Apr 27, 2007
Messages
3,910
Reaction score
114
Points
43
Assalammualaikum warga CG :)

23Hb/7 (Selasa) ni ada jadual Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) bagi calon Pembantu Perangkaan Gred E19 ni. Kot ada warga dlm ni yg bleh share info / pengalaman bersama.

Ini ada info ringkas dr laman SPA mengenai jawatan ni..

Kumpulan : Pelaksana

Kem/Jab : Jabatan Perangkaan Malaysia

Gaji Minimum : RM1,353.00 , Maksimum : RM4,005.00 , Kenaikan : RM100

Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
A. warganegara Malaysia;
B. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
C. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian dalam subjek Matematik pada peringkat peperiksaan tersebut.

(Gaji permulaan ialah pada Gred E19: RM1,353.00);

atau

Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Gaji permulaan ialah pada Gred E19: RM1,409.40);

atau

Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred E19: RM1,465.80).

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Deskripsi Tugas:

Bertanggungjawab dalam melaksanakan kerja-kerja berkaitan aktiviti-aktiviti pengumpulan, pemprosesan dan penyebaran data dalam bidang ekonomi makro, perdagangan, kependudukan, demografi, tenaga manusia dan alam sekitar untuk perancangan pembangunan dan pentadbiran negara.
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register