BTC USD 61,926.1 Gold USD 4,453.08
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pembangunan libatkan golongan berpendapatan rendah

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

Najib Tun Razak menyerahkan replika cek berjumlah RM30 juta kepada Yayasan Penjaja dan Peniaga Kecil 1Malaysia ketika pelancaran Skim Mikro Kredit Penjaja dan Peniaga Cina di Jalan Alor, Kuala Lumpur semalam. Turut sama Mah Siew Keong (tiga, kiri) dan Hassan Malek (dua, kanan). utusan/Riduan Rizal Ahmad​

KUALA LUMPUR 2 April – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pembangunan negara yang dilaksanakan kerajaan mesti bersikap inklusif dan adil bagi melibatkan golongan berpendapatan rendah.

Perdana Menteri berkata, golongan berkenaan seperti penjaja dan peniaga kecil perlu dibantu supaya maju dalam perniagaan dan seterusnya dapat memberi sumbangan kepada ekonomi negara.

"Golongan penjaja dan peniaga kecil amat perlu diberi pertolongan, tidak kira mereka daripada kumpulan etnik mana pun, penjaja dan peniaga kecil mesti diberi pertolongan oleh kerajaan," katanya selepas menyempurnakan majlis perasmian Skim Mikro Kredit Penjaja dan Peniaga Kecil Cina di Jalan Alor di sini hari ini.

Yang turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mah Siew Keong; Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek dan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Loga Bala Mohan.

Skim Mikro Kredit Penjaja dan Peniaga Kecil Cina yang diuruskan oleh Yayasan Penjaja dan Peniaga Kecil 1Malaysia itu melibatkan peruntukan RM30 juta dan menawarkan pinjaman bernilai antara RM5,000 hingga RM15,000 kepada seorang penjaja atau peniaga kecil

Dalam program berkenaan, Najib turut beramah mesra dengan golongan penjaja dan peniaga kecil di sekitar Jalan Alor.

Menurut Najib, bantuan pinjaman yang disalurkan kerajaan itu bagi mengelakkan golongan berkenaan terjerat dengan pinjaman ah long memandangkan sukar untuk mendapatkan pinjaman bank.

"Mereka ini susah mendapat pinjaman sebab bank akan minta slip gaji bulan, cagaran atau penjamin, tetapi melalui skim mikro kredit ini, syaratnya lebih longgar," katanya.
 
Aku baru nak mula berniaga, tapi nak dapat kan lesen sementara dr Majlis Perbandaran pun gagal,usahkan nak dapat modal.Kadang susah jadi orang Melayu kat Malaysia ni.
 
Back
Top
Log in Register